ensiyahmuhammad

Saturday, October 22, 2011

Percaya

Assalamualaikum

Percaya mempunyai banyak maksud bergantung kepada keadaan. En suka untuk mentafsirkan percaya adalah sebagai satu keyakinan atau kemampuan yang diyakini dapat memenuhi harapan. Lantas, wujudlah orang yang boleh dipercayai. 

Sering sahaja kita berasa waswas akan seseorang. 
Sering sahaja kita berasa tidak yakin akan kemampuan seseorang.
Sering sahaja kita berasa tidak jumpa orang yang berkelayakan untuk mengurusi sesuatu urusan.
Sering sahaja kita berhatihati dalam berhubungan.

Kenapa ini semua berlaku?

Mudah. Kerana kita kurang kepercayaan terhadap orang lain. Walaupun kita sudah mengenali seseorang berpuluhpuluh tahun, tidak semestinya kita dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepada dia, apatah lagi orang asing, sudah terang lagi bersuluh kita tidak mampu untuk meletakkan sebuah kepercayaan. 
Sangat susah untuk mempercayai seseorang. Jadi, janganlah hairan jika orang lain juga turut sukar untuk mempercayai kita. (^_^)

Bila seseorang sudah percayakan kita, atauapun kita sudah mempercayai seseorang, sudah tentu kita mengharapkan mereka menjaganya dengan baik, betul tak?

Jadi, apabila seseorang telah mempercayai kalian, janganlah kalian mencalarkan kepercayaan yang diberikan. Ingat tu! :)

No comments: