ensiyahmuhammad

Saturday, October 15, 2011

Masalah Sikit

Assalamualaikum

Waahhhhhh!!! Dah lama En tak update. Bukan sebab taknak update, tapi sebab TAK BOLEH nak update. Dah cuba banyak kali nak login, tapi asyik failed. Tak tau la kenapa, on Facebook ok saja, nak baca blog orang boleh pula, tapi nak login blogger, tak boleh. Mesti tulis problem loading tak pun connection lost. Sabar saja. =_=

Hari nie alhamdulillah, boleh login blog, Facebook pun ok saja, nak check email juga senang, tapi YM pula yang masalah. Asyik terOn-off sendiri, sampai rasa nak chat pun susah. Nak kata En tak bayar duit broadband, tak juga, En dah bayar. Tapi kenapakah ini servis yang ku terima? (T_T)

Huhu. Bermula minggu lepas lagi tempat En belajar nie sedang sibuk dengan konvokesyen. Malah, En percaya kebanyakan universiti juga begitu. Waahhhhhh!! Sangat teruja melihat mereka teruja. Rasa tidak sabar untuk menaiki pentas menerima skrol. Lebih manis kalau dapat jadi pelajar terbaik. Orang tersayang pasti mengalirkan air mata kebahagiaan. (^_^)

Mood en turut berbungabunga melihat banyak bungabunga yang dijual. Sangat mengimpikan ada seorang jejaka sudi memberikan ku bunga. Tapi akhirnya, hanya mendapat bunga dalam impian sendiri. :p Dalam kesedihan, rasa bahagia bila dapat belon cinta yang diingini sejak dulu. Walaupun tiada siapa yang memberikannya kepadaku, tetapi ku menghadiahkan belon cinta untuk diri sendiri dan juga kepada beberapa orang yang ku berikan. Maaf diucapkan kepada adikku yang terpaksa menahan malu melihat En ke hulu ke hilir dengan membawa 3 belon cinta merah. Terima kasih diucapkan kepada adikku kerana sudi menemani En yang sangat teringinkan burger daging. :p
En sangat sedih sebenarnya minggu ini dan minggu lepas. Bertambah stress apabila niat hati ingin menaip segala apa yang di rasa dan kongsikan dengan blog ini, tidak berjaya. Lantas, en pendamkan saja. 

Namun, apa guna dikenang perkara sedih. Senyum sahaja! 



1 comment:

Nailofar said...

and i'm the one yg dapat belon cinta tu kan? ^_^v