ensiyahmuhammad

Saturday, October 15, 2011

Bolehkan?

Assalamualaikum

Bolehkan jika entri kali ini ensiyahmuhammad ingin lari dari kebiasaan?
Bolehkan jika entri kali ini ensiyahmuhammad ingin menjadi siapa dia sebelum ini?
Bolehkan jika entri kali ini ensiyahmuhammad ingin meluahkan apa yang di rasa?
Bolehkan jika entri kali ini ensiyahmuhammad ingin menangis sambil menaip?

Bolehkan?

++++++++++++++++++++++++++

Yaya tak tahu apa yang perlu yaya lakukan sekarang. Yaya mahu luahkan semua. Semua. SEMUA! yang dipendam kepada seseorang. Tapi, Yaya tak tahu siapa "seseorang" yang boleh mendengar segala rengekan Yaya tu. Yaya memang seorang yang manja. Sangat. Bila mana sahaja dia rasa sedih, dia mahu bercerita dan orang mendengar kenapa dia sedih. Dia mahu orang melayan. Mahukan perhatian? Mungkin. Tidak mahu menafikan. Suku kenyataan. Selebihnya harapan. Kenyataan yang Yaya sukakan orang melayannya. Harapan agar apabila Yaya bercerita, kekusutan akan hilang dan pergi. Tiada di simpan di dalam hati. 

Yaya tidak tahu mahu bermula dari mana. Apa yang perlu diceritakan dahulu? Amanah? Perasaan? Belajar? Impian? atau Rindu? Yang mana? Yang mana? Yang mana? Keliru.

Terasa hidup Yaya sangat sangat sangat tidak teratur sekarang. Ye, itulah bukti betapa culasnya Yaya dalam membahagikan masa. Sudah bermacam cara yang Yaya lakukan agar berasa tenang selalu. Namun, seperti kebiasaan, Yaya sangat kalutnya orangnya. Mudah menggelabah. Mudah kecewa. Mudah bersedih. 

Ingin sahaja Yaya menjadi sehebat seniorsenior yang dilihatnya. Yaya ingin meneladani. Malangnya, Yaya hanya mampu mencuba, mereka dan Yaya tidak sama. Dua entiti yang berbeza. Tidak mungkin dapat menjadi seperti mereka. Yaya bukanlah ingin mengatakan yang Yaya ingin terus redha dan pasrah sahaja dengan ketetapan ini. Tidak! Yaya mahu berubah menjadi orang yang lebih positif dan mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas. Yaya mahu sahaja berusaha keras. Namun, setakat ini segalanya tampak tidak memihak kepada Yaya. Usaha lebih keras lagi Ya! - kata hati

"aku tak suka debaran macam nie. aku tak suka tertanya-tanya camnie. aku wisau snanye. aku wisau if aku tak dapat tempat kat mana-mana. mana aku nak pegi? aku bukannya orang kaya nak blaja kat swasta. pada saat ini, pada ketika ini. aku langsung tak pk course apa or u mana yang aku nak pegi. aku cuma nak satu lagi peluang untuk sambung belajar. tu je"

Benar, itulah katakata yang Yaya luahkan pada satu masa dahulu. Di saat diri masih terawang-awang tidak tahu tempat mana yang bakal di tuju dan hadapi. Alhamdulillah, debaran sudah terhenti. Kerisauan sudah berjawab. Kursus sudah diketahui. Peluang sudah di rebut. 

Alhamdulillah. 

Tetapi kini, apa yang berlaku? Yaya seolah-olah sudah melupakan dengan apa yang dijanjikannya dahulu. Apa yang sudah terjadi Yaya? Adakah Yaya sudah melupakan asal usul Yaya? Adakah Yaya sudah asyik dengan keseronokan bersama kawankawan sehingga melupakan matlamat asal?

Bangkitlah Ya! Bangkit!
Dahulukan mana yang utama, kemudiankan mana yang kurang penting.
Tanggungjawab utama Yaya adalah seorang pelajar yang belajar untuk menimba ilmu.
Sebagai seorang pelajar, Yaya wajib hormati guru. Itu wajib Ya! Wajib!

Yaya kena sedar sekarang. Yaya ada misi yang perlu dijalankan. Jangan gagalkan misi tersebut. Misi itu sangat utama. Bukan sahaja kepada diri tetapi kepada semua!

Cukuplah Yaya memikirkan soal orang lain yang tidak menjaga perasaan mu itu. Muhasabahlah diri mu Ya! Jangan cepat melatah menyalahkan orang lain bila Yaya sendiri tidak pasti kenapa Yaya sanggup untuk menyalahkan diri. Yakinkah Yaya yang tindakan yang mereka lakukan itu tidak salah? Sedarkah Yaya yang mereka itu seperti cermin? Jika Yaya merasakan yang mereka sangat tidak menjaga hati Yaya, sangat tidak menyayangi Yaya, tidakkah itu bermaksud yang Yaya juga sangat tidak menjaga hati mereka, sangat tidak menyayangi mereka?

Kehidupan ini sentiasa penuh dengan karma Ya.
What you give to people, people will give back to u!

Berbaik sangkalah kepada semua orang Ya. Jangan sesekali Ya menuding jari kepada orang tertentu. Jangan! ingatlah Ya! sebatang jari telunjuk di tunukkan ke arah orang, ada lagi 4 jari yang menunjuk ke arah diri sendiri. Ini bermaksud, sekali kita menyalahkan orang lain, lebih ramai orang akan salahkan kita.

La Tahzan Ya!

No comments: