ensiyahmuhammad

Friday, October 21, 2011

Abjad

Assalamualaikum

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z 

Cuba ingat balik, bila agaknya mulamula kita belajar mengenali huruf? Tadika atau sebelum tadika? En tak masuk sekolah tadika, masa en kanakkanak, kakak en ajar en sampai huruf D je, lepas tu, en tak belajar dah. En terus masuk darjah 1, barulah en kenal semua 26 abjad nie. 

Menarik kan? dengan hanya 26 abjad nie, bila di gabunggabung, terciptalah satu perkataan yang semua orang boleh baca sekarang nie. ayatayat yang tidak terkira banyaknya. Bahasa komunikasi untuk semua. 

Senang untuk sampaikan maklumat, 
Senang untuk berkongsi idea,
Senang untuk mencuri hati orang
Senang untuk menyatakan isi hati. 

Mungkin ada yang berkata, kalau tak guna standard 26 abjad nie pun boleh saja, kan banyak lagi tulisan lain? Macam tulisan korea, jepun, china, jawi dll. Unik kan? Tak kira la apa pun jenis tulisan, tetap ilmu itu sampai. Alhamdulillah.

Tapi, bukan semua orang mahir menguasai tulisantulisan lain. Majoriti hanya pandai membaca melalui abjadabjad roman yang kita semua gunakan sekarang. 

Perkataan yang terhasil boleh membaca banyak faedah, dan juga keburukan. Oleh sebab itulah, peribahasa menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata diri binasa.

Perkataan yang terhasil, boleh membahagiakan seseorang dan juga membuatkan orang sedih.
Berhati-hatilah. 

Maafkan en untuk semua katakata yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. 
Terima kasih untuk teguran 
(^_^)

No comments: