ensiyahmuhammad

Sunday, September 25, 2011

Terasa Hati

 Assalamualaikum
Alhamdulillah. En baru sahaja pulang dari menyambut ulang tahun kelahiran yang ke21 bersama keluarga. Memang sudah menjadi rutin tahunan untuk En dan abang menyambut hari jadi bersama kerana ditakdirkan En lahir pada 21 September, abang pula lahir 22 September. Selalunya kami sambut secara sederhana di rumah sahaja pada pukul 12.00 malam 22 september. Pengakhiran hari untuk en, pengawalan hari untuk abang. 
Tahun ini lebih meriah dengan kehadiran kakak ipar dan insan yang akan lahir pada tahun hadapan. Hadiah yang tidak ternilai untuk abang dan kami sekeluarga yang bakal menyambut orang baru. InsyaALLAH. Doakan keselematan, kesihatan dan kesejahteraan kakak ipar dan kandungannya. 
Namun bukan kisah en dan bagaimana en menyambut ulang tahun yang ingin jadikan kisah utama untuk post ini. Sebenarnya, pulang sahaja, en terus melayari laman sesawang Facebook. En terlihat status seorang kawan yang sangat menarik untuk dikupas. 
Silakan baca. 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu...."
+++++++++++++++++++++++++++++++++ 
Bagaimana? Apa yang di dalam benak kalian disaat membaca status tersebut? Adakah seperti terkena tumbukan di muka dan sepakan diperut? hehe
Terus-terang en katakan. En lantas beristighfar panjang bila membaca status tersebut. Satu peringatan yang saat tepat di saat en sedang dilanda ombak kegundahan yang seperti tiada berpenghujung. 
En sangat sensitif orangnya. Mudah merajuk. Mudah terasa. Mudah kecewa. Namun, sukar menangis. Sering sahaja hati ingin ini ingin memaksa mata agar merembeskan semua air yang ditakung biar hilang sudah segala resah. Apakan daya, mata dan hati tidak berjalan seiring. Mata tidak mahu orang diluar sana sedar kesedihan didalam hati. 
InsyaALLAH selepas ini akan cuba kawal hati agar tidak cepat terasa. tidak cepat kecewa. ALLAH turunkan dugaan dan peringatan melalui sesiapa sahaja dan dimana sahaja. Terpulang pada iman en untuk menerimanya bagaimana. Sebab itulah Rasulullah S.A.W telah pun memberi peringatan melalui satu hadis baginda. Maaf, en terlupas hadis yang diriwayatkan oleh siapa, tetapi kata-katanya lebih kurang seperti ini. "Jika kau beriman di pagi hari, Jangan kau yakin akan beriman di petang hari"
Teman sekalian, doakan en agar en kurang mudah terasa hati. En tidak mahu orang lain mendapat dosa kerana kesensitifan hati en. Kelalaian en sendiri yang lupa akan dugaan ALLAH itu 24jam 7hari seminggu. 
Tabahkan hatimu ensiyahmuhammad! (^_^)

No comments: