ensiyahmuhammad

Thursday, September 22, 2011

Program Pertama

Assalamualaikum

Minggu pertama pengajian melihatkan en turut mempunyai program pertama. Sudah pun di lamar untuk menyertai program ini sebelum mendaftarkan tempat pengajian lagi. Mulut sudah pun menyatakan persetujuan. Terasa tidak percaya akan kemampuan diri untuk mengetuai Biro Katering. Kelemahan diri yang sangat ketara sering kali sahaja ingin menumpahkan titisan jernih. 

Program yang berlangsung di perkampungan orang asli yang semuanya sudah pun beragama Islam ternyata berbeza dengan program di perkampungan orang asli yang lain. Mungkin kerana ini kali pertama En menjejakkan kaki ke perkampungan orang asli ini dan mungkin juga kerana posisi yang telah diamanahkan. Perkampungan yang dimaksudkan bukanlah dalam suasana kampung yang kurang kemudahan, tetapi perkampungan yang dimaksudkan kini serba-serbi lengkap malah moden! Mana tidaknya, perkampungan ini terletak di Bukit Bandaraya, Shah Alam. Kawasan yang telah pun membangun. 

Berada selama tiga hari dua malam. Bertujuan untuk menyambut raya dan membuat baraan, malah modul yang disediakan untuk kanak-kanak mengajar mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. InsyaALLAH jika mereka mempraktikkan konsep yang telah dipelajari, mereka mampu untuk menjadi usahawan yang sangat berjaya pada satu hari nanti. 

Memegang biro katering mungkin kelihatan mudah. Makanan. Itu sahaja. Tetapi, jangan di lupa. Berada di stesen untuk tiga hari dan memasak untuk 30 orang, dua tiga kali sehari bukanlah sesuatu yang mudah. Fahamlah En kini kenapa kebanyakan chef terdiri dari golongan lelaki rata-ratanya. Semua ini kerana mereka mempunyai kudrat yang tinggi menyelesaikan segala periuk belangan di dapur yang bersaiz besar dan berat. 

Kecewa. Ya. Itu yang En rasakan. Kecewa kerana En merasakan En gagal untuk menjadi seorang ketua yang baik. Terdapat banyak alatan dan bahan yang terlepas pandang. Stesen bekerja yang bersepah. Waktu menyediakan makanan yang lambat. Walaupun en tahu melalui setiap kekurangan inilah kita belajar untuk membuat sesuatu dengan lebih baik, tetapi en tetap merasakan en belum memberikan komitmen 100% untuk biro ini.

Namun begitu, tidak mungkin en nafikan akan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh sub-komiti katering. Mereka sangat berdedikasi!!! Banyak yang En belajar dari mereka.

Perkongsian ilmu itu berlaku pada bila-bila masa sahaja.

No comments: