ensiyahmuhammad

Friday, September 23, 2011

Presentation Pertama

Assalamualaikum

Rabu lepas merupakan kali pertama en membuat presentation. Kumpulan pertama. Serius en katakan, hati ini sangat gundah memikirkan tentang itu. Mendapat case study yang memerlukan kajian. Sejujurnya bukanlah susah sangat. Mungkin kerana ini kali pertama dan kumpulan pertama, tiada contoh yang dapat dirujuk. Membuatkan hati sangat berdebar.

Pengalaman sepanjang merealisasikan presentation ini sangatlah berharga. En dapat melihat bagaimana sikap toleransi itu sangat penting dalam kerja berkumpulan. Bagaimana sifat bertanya itu penting apabila jalan yang dilalui menuju kebuntuan. Bagaimana sikap saling memahami itu penting dalam memastikan setiap perkara itu berlaku dengan jayanya. 

En sangat berterima kasih dengan dua orang lagi ahli kumpulan en yang sanggup bertoleransi dengan en. Di saat en sedang bertungkus-lumus di dapur ketika dalam program selama 3 hari 2 malam. Mereka berdua sedang bertungkus-lumus membuat kajian tentang case study tersebut. Di saat en rasa bersalah yang teramat kerana tidak memberikan komitmen yang tinggi pada preparation presentation, mereka tenangkan hati en dan percaya pada en yang en mampu untuk siapkan bahagian en. Mereka tidak memaksa, tetapi mereka sama-sama membantu. Mereka tidak menyalahkan, malah mereka membangkitkan semangat. Terima kasih teman! kalian berdua merupakan teman yang sangat baik!

Kita semua telah pun berikan usaha yang terbaik. Pergi bilik cikgu sama-sama, stay kat masjid sampai maghrib samasama. Jumpa beberapa kali kat cafe econs samasama untuk berbincang. Walaupun zahirnya kita kurang seorang ahli dan masa yang diberikan kurang dari seminggu untuk buat persediaan, ternyata itu bukanlah satu alasan untuk kita tidak boley menjadi trendsetter  kepada orang lain. Terasa sangat bertuah ditakdirkan sebagai kumpulan pertama yang present. Sekurang-kurangnya selepas ini kita sudah tidak memikirkan tentang hal ini. Walaupun kumpulan lain mempunyai masa bermingguminggu untuk menyiapkan bahagian mereka.

En doakan agar kalian berdua dan kita semua dapat memberikan yang terbaik untuk subjek ini. Tiada yang mustahil. Sama-samalah kita memberikan semangat supaya samasama kita mendapat gred yang terbaik.

InsyaALLAH! 


No comments: