ensiyahmuhammad

Thursday, September 22, 2011

Minggu Pertama

Assalamualaikum

Pagi ini terasa seperti sedang diberikan kelapangan yang luar biasa. Alhamdulillah. 

Minggu pertama alam pengajian. Kelihatan siswa siswi ke hulu ke hilir menyelesaikan urusan. Semua orang seperti tergesagesa menyelesaikan urusan agar tidak perlu bersesakan lagi pada masa akan datang. Wang pinjaman yang telah masuk membuatkan bank penuh dengan pelajar yang ingin menyelesaikan bayaran. Kedai buku penuh dengan pelajar yang ingin mendapatkan keperluan pembelajaran. Kafe di manamana sahaja penuh dengan pelajar yang memberikan santapan jasmani dan juga kepada mereka yang ingin melepaskan rindu masingmasing setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Waktu pagi seawal pukul8 sudah kelihatan berbondongbondong pelajar dengan pelbagai fesyen dan warna sedang menuju ke kelas dengan pelbagai cara jalan. Laju bagai kaki tidak mencecah tanah bagi yang sudah lambat, tenang bagi yang masih mempunyai masa untuk berlenggang. 

Senario biasa yang berlaku pada setiap pelajar di awal minggu pengajian. Diri ini juga tidak terkecuali.

Bazaar yang terdapat di perkarangan masjid memberikan peluang kepada diri ini untuk mencuri peluang menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri sebagai hari pertama dalam kuliyyah. Sana sini buku dibelek. Terasa semuanya menarik. Lantas buku bertajuk "Dimana DIA di hatiku?" karangan Pahrol Mohd Juai menjadi pilihan kalbu. Sehingga kini buku tersebut masih belum sempat untuk dibaca. Tetapi, sudah pun di balut. Kebiasaan bagi En untuk memmbalut setiap buku yang di beli kerana En sayangkan buku. Rasa tidak sanggup melihat kulit muka depan buku hancur. 

Mungkin bari orang lain, minggu pertama kuliah bukanlah sesuatu yang penting kerana cikgu tidak mengajar. Itu orang lain, bukan pada ensiyahmuhammad. Hari pertama dan kedua digunakan sebaiknya oleh cikgu untuk memberikan keterangan ringkas mengenai sistem pembelajaran selama 14 minggu kami berada di sini. Masuk sahaja hari ketiga dan keempat, pembelajaran sudah pun dimulakan. Malah, seorang cikgu sudah pun memberikan tugasan untuk diselesaikan pada minggu kedua. Akan en terangkan lebih lanjut kemudian. 

Ternyata minggu pertama di kuliah sangat memerlukan kudrat yang tinggi. Doakan en berjaya mengharungi minggu-minggu yang mendatang dengan lebih bertenaga! InsyaALLAH ^_^

No comments: