ensiyahmuhammad

Saturday, September 24, 2011

Minggu Kedua

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. minggu kedua pengajian telah pun tamat. Minggu kedua yang menyaksikan betapa bercelarunya En. Minggu kedua yang menyaksikan En genap berumur 21 tahun. Minggu kedua yang mengajar En erti kesabaran dan memahami orang lain. Minggu kedua yang turut menunjukkan En betapa perlunya En sedar akan amanah sebagai seorang anak, kawan dan pelajar. Minggu kedua yang turut membuatkan air mata en jatuh bercucuran dan minggu kedua yang menyebabkan en menyakiti hati orang lain. 

Entah kenapa. Sejak genap berusia 21 tahun ini terasa diri perlukan reformasi yang drastik. 
Sampai bila En Siyah Muhammad perlu bergantung kepada orang lain? 
Sampai bila En Siyah Muhammad rapuh bila berdepan dengan dugaan yang sedikit cuma?
Sampa bila En Siyah Muhammad akan tenggelam dengan dunia fantasi ciptaannya sendiri?
Sampai bila En Siyah Muhammad hanya tahu merengek dan merungut bila cabaran mendatang?
Sampai bila? Sampai bila?

En Siyah Muhammad perlu berubah.

Bagaimana mahu berubah?
Apa yang patut di ubah?
Siapa yang mahu membantu?
Bilakah akan bermula?
Persoalanpersoalan yang datang silih berganti. 

En turut tak sabar untuk meraikan umur 21 tahun bersama keluarga. Tiada kek tahun ini, kakak ku bilang. Sedikit hampa sebenarnya, tetapi hati ini lebih tidak sabar untuk bertemu bersama keluarga. Biar hilang segala kekusutan dan debaran yang ditanggung. Baru minggu kedua, En sudah terasa ingin menyerah, bagaimana mungkin En akan berhadapan dengan 12 minggu yang bakal mendatang. 4 minggu yang akan datang akan bermula lah peperiksaan pertengahan tahun. 

Diri ini tiada masa untuk berlengah.

No comments: