ensiyahmuhammad

Thursday, September 22, 2011

Kembali

Assalamualaikum

Kembali semula ke dunia penulisan alam maya setelah hilang hampir sebulan. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang telah pun menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramadhan. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga dari makan dan minum semata-mata tetapi juga menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan atau memakruhkan puasa. 

Bukan niat di hati ingin berdiam sahaja. Tetapi jemari inin seakan kaku untuk menari di atas papan kekunci. Hilang sudah rentak, sumbang sudah lagu. Aneh. Betul. Itu yang En rasakan. Otak pula tersekat seakan ada papan menghalang dari idea untuk keluar mencurahcurah. Nikmat untuk berfikir secara kritis akan sesuatu topik seakan beransur susut. Astaghfirullah hal 'azim. 

Alhamdulillah. pagi ini Allah telah memberi sedikit ilham untuk berbicara tentang sesuatu. Mungkin bukan sesuatu yang penting. Tetapi sekurangkurangnya pada satu masa nanti diri ini dapat mengimbas kenangan dengan membaca setiap coretan. 

Kembali

Alhamdulillah. pada 11 September 2011 yang lalu, En telah pun berdaftar tempat kediaman di tempat pengajian yang tercinta. Ada sedikit kesulitan yang berlaku yang hampir menimbulkan kemarahan diri ini. Manusia biasa yang kurang mengerti apa itu sabar. Ye, sayalah salah satu orangnya.

Setelah mendapat kunci bilik dan mengemas bilik. Diri ini terus merebahkan tubuh untuk berehat. Rehat yang memakan masa selama 3 dan 4 jam. hehehe. Bangun sahaja dari rehat. bersedia untuk pergi ke rumah terbuka seorang cikgu. (En suka panggil cikgu dari panggil pensyarah. Terasa lebih mesra. :)) Perancangan awal yang sepertinya tidak jadi kerana kekangan tumpangan, terlaksan jua akhirnya dengan kudrat 2 kaki yang diberikan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kakak senior yang comel itu kerana dia sangat bersemangan untuk memenuhi jemputan. Dia telah menunjukkan satu nilai murni yang bagus untuk En ikuti. InsyaALLAH

Segalanya mungkin, lokasi kedudukan rumah cikgu tersebut bukanlah sesukar yang disangka. Oleh itu, pahatkan di hati, selagi belum mencuba usah mengalah! Menggembirakan hati seseorang itu merupakan suatu nilai murni. Garisan yang terukir mencipta ketenangan pada yang melihat.

Usai pulang dari rumah cikgu tersebut, diri ini bersedia pula untuk menerima seorang tetamu dari kakak senior yang sangat manis orangnya. Rezeki bilik baru mungkin, kakak tersebut siap membawa segala nasi himpit dan kuah kacang. Bukan itu sahaja, ternyata tempat pengajian ini bukanlah suatu kawasan yang seluas mana. Kakak sebilikku rupanya mengenali kakak senior yang sangat manis ini. Masingmasing bertanya bagaimana kami mengenali satu sama lain. Cara yang berbeza, tetapi tetap saling mengenali. Indahnya berukhuwah. :)

Sesi berbual bicara sambil beraya. Sangat santai. Sebagai seorang senior, banyak tips yang diturunkan. InsyaALLAH En akan mencuba untuk aplikasikannya. Tetapi, maafkan en buat masa ini. En gagal untuk menjadi seorang murid yang baik. 

Pulangnya kakak senior itu mengundang sedikit kekecewaan di hati. Tetapi En tahu niatnya ikhlas untuk menginginkan En mendapat rehat yang cukup kerana en sedang mengalami selsema ketika itu. Semoga kakak senior yang sangat manis itu memperoleh keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan. 

:)

Semester baru yang mencabar!

No comments: