ensiyahmuhammad

Tuesday, September 27, 2011

Habis Sudah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. En baru sahaja selesai menyiapkan senarai nama fasililator program. Bermula pada pukul12.30tgh malam kerana en baru baru pulak ke bilik sejak pagi tadi pada pukul 12.00 malam. huhu. Bukanlah rutin harian en untuk pulang lewat malam ke bilik. Selalunya, en akan keluar pergi ke kelas pada pukul8.00pagi dan pulang ke bilik hanyalah pada pukul6.00 petang. 

Tetapi apabila melibatkan diri dengan program, masa mesti diperuntukkan untuk mesyuarat dan persiapan program. Pengorbanan mestilah dilakukan. Terutamanya pada masa. Jika dibandingkan dengan orang lain, tiada apa sangatlah yang en alami ini. Senior yang en hormati, hampir tiap malam keluar pagi balek lewat malam. Jawatan tinggi yang dipegang menuntut pengorbanan yang turut sama tingginya. Amanah itu harus dipikul. 

Mungkin ada yang akan berkata, apa perlunya menyertai program ? Menyusahkan diri sahaja dan mengganggu pelajaran. Penat dan tiada faedah. Tiap seorang boleh menyuarakan pendapat masingmasing. Tiada salah dan tiada yang betul. Tiada cikgu yang akan menanda kertas dan memberikan markah. Bagi pendapat en, dengan menyertai program la pengalaman yang tiada di dalam kertas akan dirasai. Khidmat pada masyarakat yang memerlukan bantuan itu dituntut. Tepuk dada, tanya iman. 

Sekarang pukul4.25pagi. En masih ada perkara yang harus dilakukan. Tetapi en harus rehat dulu. Jika tidak, otak en gagal berfungsi. Sebelum itu, en mengjenguk akaun Facebook en. Owh, masih ramai rupanya yang menjadi 'burung hantu'. Perkara itu membuatkan en berfikir selama satu minit. 

Jika mereka semua melakukan solat tahajud, alangkah seronoknya. Kepada yang tidak boley melakukannya, alangkah indahnya jika mereka sesuatu yang beribadah kepadaNya. Pasti harmoni dunia ini. Jika dengan apa yang en baru selesaikan itu dikira satu ibadat, en terasa sangat bertuah. Hanya ALLAH yang dapat menilai tindakan akan sesuatu. Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik. 
Doakan program Mass Gathering pada pukul8.30malam nie berjalan dengan lancar. Pada pukul7.30 pagi nanti en perlu menempah tempat. Terdapat sedikit kekhuatiran tentang tempat, semoga ALLAH permudahkan urusan en dan kawankawan pagi nanti. 

Bukan en seorang sahaja yang belum tidur. Kawankawan en yang lain sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan persiapan membuka booth untuk menambah keahlian kelab. Semoga ALLAh memberikan mereka balasan yang setimpal atas usaha mereka. Amiiinn.

No comments: