ensiyahmuhammad

Saturday, September 24, 2011

Bimbang

Assalamualaikum

Ingin bercerita tentang sesuatu. En tak mahu mereka salah anggap. Maaf. Begini, pada suatu hari, En pergi ke pejabat, en mahu mengambil buku yang dititipkan oleh kakak senior yang manis untuk en. Di sana, en melihat ada beberapa orang dari salah sebuah kelab yang en sertai sedang berbincang. Seperti biasa, en sangat suka menyibuk. Bertegur sapa itu satu tuntutan bukan? En duduk bersama mereka di situ. 

Kemudian, mereka bertanya sama ada en sudah mempunyai jawatan dalam mana-mana kelab. "Tidak" jawab En berterus terang. Lalu, mereka menawarkan en untuk menjadi penyelaras salah sebuah rumah anak yatim. Tugas seorang penyelaras adalah untuk menentukan tarikh bila akan ke rumah tersebut, berhubung dengan orang yang bertanggungjawab menjaga rumah tersebut, menentukan modul apa yang perlu digunakan ketika berada di rumah tersebut. 

En hanya katakan, jika sebagai penolong sahaja, en mahu. Tetapi sebagai ketua, tidak. Mereka memujuk. En tetap dengan pendirian. Maaf. Bukan sengaja mahu menghampakan harapan. En sedar akan potensi diri sendiri. En tidak mahu lebih mengecewakan mereka kelak. En sangat tidak suka jika itu yang berlaku. Perkara itu hanya akan menimbulkan banyak masalah. Percayalah. En bukanlah orang yang layak. Masih belajar lagi. Tidak sanggup memikul kepercayaan yang tinggi.

Bacalah, apa yang mahu en coretkan ini.

Teman kelab, 

Maafkan en. En sangat menghargai kepercayaan yang kalian letakkan pada en. Tapi, en masih belum mampu memikul tanggungjawab. Terus terang en katakan...... en masih belum bisa menentukan kelab mana yang en mahu memberikan komitmen dua ratus peratus. Sama ada kelab berlandaskan al-quran, kelab yang fokus pada orang asli atau kelab yang mementingkan anak yatim dan fakir miskin. En perlukan ketiga-tiga kelab ini.

En tidak mahu mengabaikan salah satu pun kelab. En mahu menyertai aktiviti ketiga-tiga kelab. Kalau bukan semua pun, sekurangkurangnya sekali sebulan. Selain dari tidak mampu memikul tanggungjawab, sebab lain adalah... bila en sudah memegang sesuatu jawatan, walaupun kecil. En mahu fokus. Tidak mahu gangguan lain. Jika en tidak fokus, en akan abaikan semua. Serius. Itu yang berlaku. En memang seperti itu. En mudah untuk mengabaikan sesuatu tanggungjawab jika en tidak fokus. 

Sudah banyak dosa yang en kumpulkan kerana lalai dalam menjalankan tanggungjawab. 
Sudah entah berapa dalam kaki kiri ini telah masuk ke dalam neraka.
Sudah tidak terjelas bagaimana perasaan bersalah bersarang dalam diri.

Jangan salah faham. Bukanlah ini bermaksud en mahu lepas tangan akan sesuatu. tidak. tidak sama sekali. sebagai seorang manusia, bagaimana mungkin mahu lari dari tanggungjawab? Tidak bisa sama sekali. Itu kenyataan. 
En cuma belum bersedia. 
En masih mahu menjadi ahli biasa yang mengikut telunjuk ketua. 
En suka memerhati cara kamu semua bekerja. 
En belajar dari pemerhatian en itu. 

InsyaALLAH. Jikalau pun en tahu, peluang ini tidak akan datang lagi. Sekurang-kurangnya, bila en banyak memerhati cara kalian bekerja dan menguruskan persatuan akan dapat membuatkan en yakin dan boleh menjalankan pekerjaan tanpa was-was. 

En tidak mahu lari dari sesiapa pun. Semua en sayang. Hidup en ceria dengan kehadiran kamu semua. Walaupun orang itu tidak hadir secara nyata di hadapan en. 

Teruskan perjuangan kalian! En akan sentiasa menyokong! En akan membantu jika en boleh membantu. Hatta, hanya sebagai tukang sebar program pun. 

InsyaALLAH. 

Semoga ALLAH memberkati segala usaha yang kalian jalankan. :)

No comments: