ensiyahmuhammad

Saturday, August 6, 2011

Warkah Digital

titt titt titt titt

1 message received from En 

assalamualaikum nc, apa khabar? lama tak dengar cerita. Call kita awak tak angkat pun. Awak sehat?

titt titt titt titt

1 message received from Anne

hello bro! mana hilang? kat ym takde pon! reply la message beb!

titt titt titt titt

1 message received from Yaya Comel

salam Nc, mana Nc pegi nie? Ya rindu la. Ya nak borak ngan Nc. En cakap, dia call Nc tak angkat pun. Are u okay, my dear? Kalau Nc tak okay, bagi la tau.. Ya tak suka la tengok Nc diam macam nie. Ya risau tau. :(
"Hee . . diorang nie mesti pakat sms aku nie. Perangai tak berubah. Sorang-sorang perangai lain-lain. En dengan formalitinya, Anne dengan slumber badak masuk air nya, Yaya dengan manjanya. Aku kena tulis something untuk diorang. Tapi, hakikatnya aku pon rindu diorang jugak. Salah aku jugak diam lama-lama macam nie. Ya ALLAH! bagila aku kekuatan untuk berdepan dengan mereka" monolog Nc

Nc menuju ke meja belajarnya. Membuka perlahan laptop lama peneman diri sejak tahun 2007. Walaupun lama, laptop itulah yang banyak menyumbang dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar. Bukan tiada keinginan untuk membeli yang baru, tetapi kekangan fulus sering kali sahaja membuatkan dirinya terpaksa melupakan hasratnya itu. 

Setelah modem U-mobile di cucuk dan disambung. Belayarlah dia ke alam maya. Tangan pantas klik pada Mozilla Firefox dan menuju ke Yahoo Mail! 

Create New Message

Keluhan berat dilepaskan. 

"Haish, napa aku berdebar sangat nie? Aku bukan nak buat nota bunuh diri. Nak tanya khabar je dan terangkan kenapa aku berdiam diri. Aduih. Go NC go! Nc boleh!" monolog Nc.

TO : yaya_cutie@pelangi.com; anneslumber@pelangi.com; wonderenwoman@pelangi.com
CC :
SUBJECT : Warkah Digital

Assalamualaikum sahabatsahabat semua, 

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, hari ini Nc terbuka hati untuk menulis sesuatu untuk kalian :)

Kalian semua apa khabar? Hendak semuanya dalam keadaan sihat. Jangan risaukan keadaan Nc. Nc sihat sahaja di rumah. Nc tahu kamu semua sahabat yang terbaik ALLAH kurniakan untuk Nc. Maafkan Nc kerana Nc berdiam diri sahaja selama ini. Diam Nc bukanlah bermaksud Nc tidak mengambil tahu tentang keadaan kamu semua. Silap tu. Nc selalu saja blog kamu semua, walaupun Nc tidak memberikan sebarang respons, tetapi Nc tetap percaya yang kamu semua pandai menjaga diri sendiri. 

Sahabatsahabat yang amat Nc sayangi, 

Nc berdiam diri sebab Nc sedang bermuhasabah diri. Sepanjang cuti ini, ibadah Nc sangat tidak terjaga. Mungkin kalian tidak percaya apa yang Nc katakan ini, tetapi inilah yang berlaku. Nc tidak tahu kenapa Nc sukar untuk mengamalkan apa yang telah menjadi kebiasaan kita ketika sedang belajar. Nc sudah tidak selalu membaca al-quran, solat dhuha jauh sekali apatah lagi membaca mathurat. Nc sedih ini yang berlaku kepada Nc. Bahkan, niat Nc untuk menghafal sekurang-kurangnya 20 surah pendek pun belum lagi tercapai. Nc amat kecewa dengan diri sendiri. Nc tidak tahu kenapa Nc boleh kalah dengan keadaan sekeliling. Nc bingung. Nc cuba untuk bangkit kembali, tetapi Nc gagal. Setiap usaha yang Nc curahkan, selalu sahaja berakhir dengan putus asa. Nc tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya kita sudah tidak lagi bergelar pelajar. Adakah keadaan yang Nc sekarang akan menjadi amalan semasa bekerja? :(

Malah, Nc rasa Nc amat tidak berbakti kepada keluarga. Nc sangatsangatsangat menngecewakan diri sendiri cuti ini. Nc mengharapkan Ramadhan ini dapat membentuk hati Nc kembali. Nc sangat rindukan suasana universiti kita. Kalau boleh, Nc mahu untuk hidup dalam suasana seperti itu selalu. 

Nc harap penerangan ringkas ini, mampu untuk kalian selami hati Nc yang terseksa. Maafkan Nc kalian. Maafkan Nc. Maafkan Nc. 

En, 
Seperti yang kita cakap tadi, kita baca semua orang punya blog. En ada masalah kan sebenarnya? Kita kenal awak en, kalau awak tulis post or send text dalam bahasa inggeris, kita tahu ada sesuatu dalam hati awak yang awak pendam. Sama ada awak sakit ati, awak tengah sedih atau awak terancam. Bak kata awak, bila cakap bahasa inggeris nie, membuatkan awak kurang beremosi dan pertuturan pun terjaga dari kata-kata carutan. Kita taknak paksa awak, sebab kita kenal negative feedback mechanism yang awak amalkan. Makin orang push awak, makin la awak simpan. Bukan kita seorang je yang sedar. Yaya dengan Anne pun mesti sedar tentang perkara nie. Come clean en, awak tahu yang kita sentiasa ada untuk awak. Kita tahu perangai awak en, kalau awak dah sedia nak cerita, mesti awak akan bercerita sendiri tanpa sesiapa bertanya atau paksa. Ambil masa untuk awak bersedia en. Antara kita berempat, awak lah orang yang paling bijak bertindak secara profesional dan rasional. :)

Anne,
Si gadis yang macho. ahaks! Apa nie der, menunggang motor dalam hujan?? Kan bahaya tu? Kita tahulah antara kami awak yang paling berani dan lincah, tapi tolonglah jangan camnie Anne. Tolonglah jaga keselamatan dan kesihatan diri. Kalau apa-apa jadi kat awak, siapa yang nak tolong fight untuk kami, bila ada orang cari pasal ngan kami? Siapa yang nak jadi jurulatih kami ajak kami bersenam? Tapi Anne, sebenarnya kita tahu, awaklah orang yang paling tabah. Kematian itu pasti. Mungkin sebab itu agaknya awak jarang menunjukkan kesedihan yang awak rasai pada kami semua, sedangkan pemergian arwah lebih kurang setahun 2 bulan. Kita sama-sama doa untuk arwah ayah awak ok? Kalau ada kesempatan, kita rasa nak pergi melawat kubur arwah ayah. Awak bawak kita boleh kan? :)

Yaya, 
Yaya yang manja!!!! Nc pun rindu Yaya. Amboi amboi amboi... yaya pergi festival bunga eyh? ehem ehem ehem dengan siapa tu ye? Tak citer kat Nc pon! Tapi kan ya, Nc tertanya-tanya la. Ya dapat bunga tak? Ya kan suka bunga~~~ Ya tu kalau boleh nak tanama bunga ros sendiri then bagi kat orang! Nc da tengok da sume gambargambar yang ya upload. Subhanallah! cantiknya. Kalau ya bagi Nc bunga banyak camtu, lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi la Nc sayang kat ya!!!!!! hehe. Ya, jaga diri baikbaik. Jangan sedih selalu. Ya seorang gadis yang polos, tapi dalam kepolosan ya, ya tetap pandai berdikari. 

Sahabatsahabat semua, 
Nc belum mampu untuk membalas pesanan ringkas kalian, apatah lagi mendengar suara kalian di talian. Nc harap kalian tidak keberatan untuk berkongsi segala rasa di alam maya ini. 

Nc sangat menyanyangi dan merindui kalian. Semoga ukhuwah antara kita akan berkekalan. 

Salam, 
Nc

Send

Nc tersenyum. Lega.

2 comments:

Danial Ruslan said...

Ada caranya nc...tapi dengan menjauhkan diri dari semua org bukanlah caranya..

ensiyahmuhammad said...

mungkin. tapi rasanya memilih untuk berjauhan sebentar