ensiyahmuhammad

Saturday, August 6, 2011

Sayu

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, hari ini En di beri kelapangan masa dan mata yang segar untuk mengemaskini blog ungu kesayangan En ini. Yeay! Kita dalam bulan Ramadhan!! Lepas sahur tadi En tak tidur, sampaila sekarang. Lagi satu sebab kenapa En da lama tak online, laptop En nak manja-manja ngan En, kejap ok kejap tak ok. Minta dibelai mungkin? hehehe. Oh ye, program terbaru yang en ikuti adalah menjadi fasilitator kepada program motivasi adik-adik yang akan menghadapi PSRA dan UPSR. Semoga berjaya ye adik-adik! Kak En sering mendoakan kejayaanmu! Jangan nakal-nakal ye. InsyaALLAH kita akan jumpa lagi. Rumah kita dekat saja. :)

Berbalik kepada topik asal, Sayu. Ye, en sayu. Sejak akhir-akhir ini, en sering membayangi perpisahan. Perpisahan dengan senior-senior yang en hormati dan sayangi. Entah kenapa itu yang terlintas dalam fikiran En. Bila saja bayangan itu muncul, cepat sahaja hati ini terasa sayu. Hati en memberontak tidak inginkan perpisahan terjadi. Tetapi apakan daya, setiap pertemuan pasti mempunyai perpisahan. Itu pasti. 

Walaupun kerap kali En dilabelkan sebagai seorang yang banyak cakap, tap ihakikatnya, En bukanlah mudah untuk berasa selesa dengan seseorang. Bila En sudah selesa, En akan jatuh sayang dan bila tiba saat untuk berpisah, sedih adalah perasaan wajib yang En alami. En percaya kebanyakan orang pasti merasai perkara yang sama. Namun begitu, ada orang yang boleh berhubung walaupun telah berpisah dan ada juga orang yang apabila berpisah, maka itu bermaksud rengganglah hubungan antara dia dan orang tersebut. En golongan yang kedua. 

En sangat tidak pandai untuk memastikan kelangsungan dalam hubungan. En selalu sahaja ada persepsi

"Oh dia sibuk, takpela camtu. Biar jela dia buat keje dia "
"Ooo dia rapat ngan senior nie. Takpela. Kita takyah kacau"
"Dia da bosan layan aku kot. tu yang takde contact. takpela. nak wat camne"
"Mesti dia da lupa aku kan. Kat sana mesti dia jumpa ramai orang"
dan lain-lain..

Bila da jadi camnie, En akan ambil tindakan untuk berdiam diri sahaja dan buat kerja sendiri. Kemudian, tahutahu sahaja... En sudah menjadi orang asing. Erm, mungkin sebab En tak pandai bergurau atau memang En orang yang pentingkan diri. Entahla. 

Cuma yang pasti, setiap orang yang hadir dalam hidup En, En akan ingat. Lagilagi kalau orang tu baik dengan En, lagi la En akan ingat. 

ermm

Bukan itu sahaja, En juga tidak pandai dalam menjaga kelangsungan hubungan. Sering kali sahaja En terasa diri disisihkan. Entahla, sama ada memang benar En yang disisih atau En sendiri yang memilih untuk menyisihkan diri. Ke mana sahaja En pergi, insyaALLAH akan ada seorang yang En kenal dan tegur. Tetapi, perkenalan hanya sampai di situ sahaja. Sapa-menyapa dan berlalu pergi. En tidak suka hubungan seperti itu, kalau boleh bila da kenal, biarlah rapat dan mesra. Tapi maaf, sememangya manusia itu sifatnya adalah lalai dan lupa. Maafkan En wahai temanteman, En tak pandai menjaga silaturrahim.

Lebih baik En berhenti sekarang, sudah hampir waktu berbuka puasa.
Selamat berbuka! :)

No comments: