ensiyahmuhammad

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan al-Mubarak




 6 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah. Pejam celik Pejam celik, Hampir seminggu sudah umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan yang penuh dirindui dan penuh barakah ini. Diharapkan setiap muslim mengejar kesempatan yang ada ini untuk berlumba-lumba mengerjakan amalan.

Seperti yang semua maklum, bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa, kerana di dalam nya terdapat:- 
  • Solat terawih yang dikerjakan setiap malam selepas solat Isyak
  • Malam lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan
  • Nuzul quran di mana itulah hari turunnya al-Quran. 
  • Syaitan di rantai. Pintu neraka di tutup dan di buka pintu syurga seluas-luasnya
Jadi, ayuh semua! Kita rebut peluang ini beramai-ramai. Sama-sama kita berperang melawan hawa nafsu!

Anggaplah seperti ini Ramadhan terakhir kita. Hayatilah setiap hari dengan penuh tawaduk dan zuhudlah ketika berbuka, jangan sampai banyak makanan terlebih. InsyaALLAH :)

No comments: