ensiyahmuhammad

Friday, August 26, 2011

Akhbar

Assalamualaikum 

Alhamdulillah. . . akhirnya en dapat jugak online dengan bahagianya!!! Terima kasih kepada teman yang sudi teman en mencari barang yang perlu di cari dan juga tolong format laptop nie. Entah apa kena, tiba-tiba sahaja laptop diserang virus. =_=" sabar jela saya.

Umat manusia lain tengah sibuk beli baju raya kasut raya, en pulak sibuksibuk beli barang untuk laptop. Laptop en pun nak beraya juga nampaknya. Hebat sungguh laptop en! :p

Ketika en sedang menaip post ini, pengikut Pelangi sudah mencecah 49 bloggers. Aduih, en rasa ramai pula. Bukan apa, sebab en bukanlah seorang blogger yang rajin membuat blogwalking. Terima kasih ye kepada semua yang sudi mengikut blog en yang tak seberapa ini. 

Tidak berlebihan jika en katakan, pengikut blog Pelangi ini bertambah kerana penulis Pelangi muncul di dalam akhbar tempoh hari. Penulis Pelangi ini bukanlah seorang blogger yang terkenal mahu pun mempunyai ramai pengikut tapi oleh dek kerana rezeki sedang berada di pejabat ketika itu membuatkan diri ini terbabit sama dalam temuramah tersebut.

Perasaan? Pada awalnya hati ini terasa teruja apabila seorang teman sms en mengatakan diri en muncul di akhbar tentang blog. Lama kelamaan setelah en melihat sendiri artikel tersebut, aduih, rasa seperti hendak menyorokkan muka ini ke dalam mana-mana lubang. Malu sungguh!! Serius!! 

Kebetulan pula, apabila artikel tersebut keluar, laptop en pulak bermasalah, jadi en tak dapat mengemaskini blog ataupun facebook. Rasa janggal pula bila dah lama tak kemaskini blog, notification di FB pun banyak. En ingin menulis dalam bahasa melayu tinggi pun tidak berdaya rasanya. Rasa seperti ingin kembali untuk menulis dalam bahasa melayu pasar. hehehe

Mengenai akhbar ini, kawan en berpesan supaya en berhatihati apabila ingin mengemaskini blog. Kekalkan pada momentum biasa kerana kini en tahu yang blog ini mempunyai pembaca walaupun tak banyak, orang yang rajin tetap akan singgah di blog en ini. Berbanding sebelum ini, en tidak tahu sama ada en mempunyai pembaca ataupun tidak. Hal ini berlaku kerana en memilih untuk tidak terlalu mendedahkan link blog en. 

Aduih, cukuplah sampai di sini sahaja. *Masih terasa malu*

No comments: