ensiyahmuhammad

Monday, July 4, 2011

Teruja!

Assalamualaikum

Hampir sebulan en tak kemaskini Pelangi. Rasa pelik pula bila menggunakan ayat kemaskini bilamana sudah menjadi kebiasaan en menggunakan perkataan 'update'. hehe tidak mengapalah.. janji maksud yang ingin disampaikan adalah sama.. kan kan kan? :)

Alhamdulillah, Allah melapangkan dada en untuk menjenguk Pelangi pagi ini. Sebenarnya, en baru sahaja pulang dari satu Kem Iflah iaitu satu program tentang sahsiah diri remaja di Kuantan. En terlibat sebagai fasililator dan peserta yang terlibat dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 6. Tidak melampau untuk en katakan, inilah pengalaman pertama en menjadi seorang fasi. Terima kasih en ucapkan kepada senior yang menjemput en mengikuti program ini. Suatu pengalaman baru yang tidak ternilai dengan wang. (^_^)

En tidak berniat nak mengulas lanjut mengenai Kem Iflah tersebut.. tetapi, yang buat en lebih Teruja! adalah en menerima satu perkhabaran gembira semasa berada di sana. Satu perkhabaran yang mana apabila en terfikir saja tentangnya secara automatik bibir mengukir satu garisan lebar. hihi 
Oh tidak tidak! perkhabaran tersebut bukanlah tentang diri tuan punya blog ini, tetapi perkhabaran tersebut datangnya dari seorang teman yang baru sahaja en kenal ketika en baru sahaja merangkak untuk mengaktifkan diri dalam program. :)

Tunangan orang. 

Ye. itulah statusnya kini. Seorang lelaki yang baru sahaja genap berumur 21 tahun telah pun mengikat seorang gadis untuk dipimpinnya ke jannah. Mungkin ada yang menganggap biasa. Tapi bagi en, en kagum dengan keperibadian yang ditunjukkannya. Walaupun sedang bergelar seorang pelajar, dia sudah yakin untuk memikul tanggungjawab besar. Bukan semua lelaki mampu menjadi sepertinya. Bukan semua lelaki yakin bahawasanya cinta selepas kahwin itu indah. Bukan semua lelaki mampu untuk betulbetul berusaha menjaga ikhttilat antara lelaki dan perempuan. 

En belum sedia untuk dipetik. Tapi en perasaan untuk dimiliki sentiasa ada. tak pernah hilang. malah, sering sahaja jadi dambaan. Apabila disiram dengan perkhabaran-perkhabaran gembira seperti ini, umpama baja untuk bunga-bunga. Berkembang mekar dan subur. :p hehe
Secara kiraan tahun, en memanglah sebaya dengan teman tersebut. Malangya, dari segi pemikiran dan kesediaan, ternyata amatlah jauh en ketinggalan. InsyaALLAH, apabila en banyak dikelilingi oleh insan-insan yang en lihat mempunyai keperibagian terpuji, dapatlah jika tidak banyak pun, sedikit pun mampu untuk diserapkan ke dalam diri ini. :)

Akhir kata, selamat berbahagia teman. Teruskanlah keyakinanmu. Kami, teman-temanmu ini, sentiasa sahaja menyokong apa jua azammu selagi tidak menentang dengan syariat.

No comments: