ensiyahmuhammad

Tuesday, July 19, 2011

Teman

Yaya kurang sihat. Dia sudah memutuskan tidak mahu keluar hari itu. Walaupun baru sahaja sepuluh minit lepas temannya telah mengesahkan untuk keluar. Namun, Yaya berasa tidak berdaya. Tetapi, temannya bersungguh untuk mereka keluar bersama. Yaya tidak mampu untuk berkata tidak. Dia meminta diberi masa selama setengah jam untuk bersiap dan solat.

Tepat pukul 2.00 petang. Temannya sudah tiba. Yaya memilih untuk hanya memakai baju kurung berwarna ungu beserta tudung berona sama. Baju kurung itu merupakan baju kurung kesayangannya. Bagi Yaya, ungu mempunyai dua maksud. Jika gembira, ungu itu bermaksud kegemilangan tetapi jika sedih, ungu itu bermaksud kemurungan. Tafsiran yang tidak semua orang tahu atau pun peduli. 

Yaya melangkah lemah ke arah kereta Honda Civic berwarna coklat. Terlihat si pemandu setia menunggu. Yaya menguak pintu dengan lembut, mencuba untuk memberikan senyuman yang manis kepada temannya itu agar temannya tidak risau akan dirinya. Yaya melihat dirinya di cermin, nampak pucat. Tanpa berfikir apa-apa, Yay lantas membuka tas tangan hitam miliknya dan mengeluarkan pelembap bibir. Usai si teman memulakn pemanduan, Yaya tanpa silu mengoles pelembap bibir di bibirnya yang kering. Si teman hanya melihat. 

"Amboi, sempat lagi nak make-up" kata si teman
"Mana ada. Orang nampak pucat la" Yaya membela diri. 
"Dah makan ubat belum?" si teman bertanya. Prihatin.
"Tak makan. Ubat dah habis." jawab Yaya
"Kenapa tak beli?" si teman bertanya lagi.
"Takde siapa nak tolong belikan" Yaya menjawab soalan si teman

Si teman diam dan meneruskan pemanduan seperti biasa. Fokus kepada jalan terbentang di hadapan. Yaya cuba untuk berceloteh seperti biasa agar si teman tidak bosan. Tiba-tiba sahaja si teman berhenti di sebuah kedai. Dia keluar. Yaya hanya menunggu di dalam kereta. Si teman pulang membawa sepapan panadol bersama sebotol air mineral.

"Nah! makan ubat nie. Sekarang! Selagi tak makan, selagi tu la orang tak gerak" kata si teman.

Yaya menurut. Seusai Yaya menelan dua biji panadol bersama air mineral. Perjalanan pun diteruskan. Destinasi mereka adalah Putrajaya. Niat ingin melihat keindahan bunga-bunga yang indah mekar. Festival bunga di Putrajaya.Teruja!

 Kereta menderum laju walaupun kelajuan hanya mencecah 80km/j. Berpusing-pusing di Taman Maluri. Tidak biasa dengan jalan di Cheras. Oh tidak! Yaya hampir putus asa, sudah hampir sejam tersekat di Taman Maluri. Bingung untuk memilih jalan yang mana. Tidak tahu lorong mana yang patut di tuju. Yaya mengajak untuk pulang sahaja, namun, si teman berdegil untuk teruskan jua perjalanan.

Usaha si teman tidak sia-sia, walaupun hampir sejam berlalu, jalan untuk ke Putrajaya di teruskan. Cabaran baharu pula muncul. Mencari kedudukan Precint 2. Perjalanan menghala ke Taman Botani. Tenang. Tidak ramai orang di situ. Si teman musykil. Dia bertanya kepada jaga yang berada di situ di mana Festival bunga. OH! mereka salah tempat rupanya. Taman Botani masih di Precint 1, mereka perlu menuju ke Precint 2.

Tenang sahaja si teman memandu. Sekali lagi, Yaya bingung dan putus asa. Sekali lagi, Yaya mengajak untuk terus pulang sahaja. Sekali lagi juga, si teman berdegil untuk terus mencari. Setiap papan tanda di baca dan diikuti. Berpusing-pusing lagi. Cari dan terus mencari. Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya.

Yaya terus meluru laju ke pameran. Keterujaannya untuk melihat bunga-bunga mawar yang indah tidak dapat dibendung lagi. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke pusat pameran tersebut, ingin sahaja dia baring di atas bunga-bunga yang ada. Subhanallah!! sangat indah! Yaya seperti tidak mahu keluar dari pusat tersebut. Setiap inci, setiap selekoh dia pergi dan mengambil gambar kenangan.

Entah la berapa lama dia berada di situ. Akhirnya mereka keluar jugak. Walaupun tanpa membeli apa-apa bunga mawar sebagai kenangan. Yaya sudah cukup berpuas hati melihat bunga-bunga yang kembang mekar. Yaya berazam untuk pergi ke sana lagi tahun hadapan. 

Si teman hanya tersenyum melihat gelagat manja Yaya. Yaya yang cepat putus asa, Yaya yang cepat teruja. Yaya ibarat kanak-kanak yang masih ingin tahu banyak benda di sekelilingnya. Yaya yang masih petah bertanya itu dan ini. Yaya yang tidak pernah membuat si teman gagal untuk senyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Yaya.

Lalu mereka pun pulang dan menuju ke Jusco Wangsa Maju untuk menikmati Nando's. Itu semua permintaan Yaya. Usai solat asar, makan, dan solat maghrib. Si teman menghantar Yaya pulang. 

Muhasabah diri :-
  • Jika sudah berjanji, usah mungkiri. Cubalah untuk menunaikan janji, kerana orang yang memungkiri janji merupakan ciri-ciri orang munafik.
  • Jangan mudah berputusa asa. Teruskan usaha sampai dapat agar tidak kecewa. 
  • Senyum selalu. Biarlah hati kita sakit macam mana pun, maniskanlah wajahmu kerana kita tidak akan pernah tahu bahawasanya ada orang akan terhibur dengan kemanisan senyuman kita.
  • Tunaikanlah permintaan seseorang selagi permintaan itu tidak melanggar syarak. Sesungguhnya amatlah digalakkan untuk kita menggembirakan orang lain. :)

No comments: