ensiyahmuhammad

Thursday, July 14, 2011

Memerhati

Assalamualaikum


Alhamdulillah, en selamat sudah pulang dari program Baktisiswa Servis Satu Ummah di Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan. Pengalaman lima hari berada di sana banyak mengajar en tentang banyak perkara. En dipertanggungjawabkan untuk memegang satu jawatan. Jawatan yang julung kalinya en pegang. Walaupun hanya sekadar sebagai seorang penolong, dan bukannya ketua, berat amanah yang diberikan turut sama en rasakan. 

Memerhati

Jika diikutkan pengalaman en, terus terang en katakan, en sudah pasti mengatakan TIDAK saat mendapat panggilan dari Setiausaha program ketika dilamar untuk menjadi penolong kepada jawatan ini. Tambahan pula, ketika itu en masih bekerja dan turut mempunyai tanggungjawab atas program lain. En tak yakin en mampu untuk lakukan. Tapi, en kuatkan jugak hati. Jangan mengalah sebelum mencuba! en pahatkan semangat itu di dalam hati. Ketua en turut memberikan kerjasama dengan en dalam toleransi pembahagian kerja. Syukur  Ya Allah! kerana Kau telah memudahkan urusan ku. 

En pernah menyertai satu program bersama Orang Asli di Kelantan selama seminggu, ketika itu en hanyalah AJK biasa untuk Biro Sukan. Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan Biro Tugas-Tugas Khas (Special Task). Tetapi, en banyak melihat bagaimana orang laen melakukan kerja. 

En meneliti bagaimana mereka menjayakan satu-satu tugasan. Tidaklah sempat en memerhati semua, tapi en cuba untuk cedok ilmu sebanyak yang boleh. Agar, apabila tiba satu saat nanti, hasil pemerhatian en dapat en gunakan untuk masa-masa yang diperlukan. 

Sekadar memerhati saja tak cukup, betul. Tidak en sangkal itu. Tapi, perlu diingatkan, hanya dengan pemerhatian yang teliti, barulah soalan yang berkualiti dapat dilontarkan. Janganlah jadi orang yang hanya suka inginkan jawapan tanpa ada sebarang usaha untuk mencari jawapan sendiri. 

eyh eyh, melalut pulak. hehe back to the topic. 

Friends, I do really love watching what people are doing. Watch and Listen, yes, i really practiced that. Nobody loose anything from it. Well, there are many ways to gain knowledge, isn't it? and of the method is, watching.

huhu, i start to crap. better stop now.

Salam. :)

No comments: