ensiyahmuhammad

Sunday, June 5, 2011

Tanggungjawab

Assalamualaikum
Sabahn bi khair ya akhi wa ukhtie.
kaifa halukum?

Hee berbahasa pulak ye cik ensiyahmuhammad kita nie. aww~~ Hee en bukan reti sangat bahasa arab nie. Kalau tak kerana da memang kuliyyah requirement kena amek subjek bahasa arab, memang sampai tua la satu hapak pon tak tau pasal bahasa arab nie. If ada orang yang willing to ajar en dengan penuh kesabaran sampai en boley speaking arab, pergh!!! bestnya... kan kan kan? Kalau takley speaking arab pon, paling koman kalau baca kalam ALLAH pon atleast senang la nak paham apa yang di baca. kan kan kan? rasa-rasa ada tak yang sudi ajar en?

En ada program kat Rasau, Puchong satg. Kol7.30 da kena berkumpul. kol8 nak gerak. But now, en rasa takley tdo. sambilsambil tetiba je rasa nak berjiwang dengar lagu Mahar Cinta by Devotees, en rasa macam nak update pulak blog. hee. ok ok. back to the topic. Tanggungjawab. 

Setiap orang memang mempunyai tanggungjawab yang harus ditunaikan. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, sebagai anak, sebagai abang, sebagai adik, sebagai kakak, sebagai saudara, sebagai pemimpin dll. Kalau nak sebut tanggungjawab yang kita pikul, memang banyak. Kalau la sume orang sedari betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul, mesti bahu nie memang takley da nak tegak da, mesti senget nyer la. Silap haribulan, kaki kita nie langsung takley nak berjalan sebab pikul tanggungjawab yang berat. Ce bayangkan batu yang besar dan berat ada kat atas bahu, boley ke kita gerak? haaaaaa mestilah takley kan.. lagilagi la orang yang tak cukup berisi macam en nie, ntahntah da mati kena hempap. hee Macam tu lah ye en nak gambarkan betapa beratnya tanggungjawab tu. 

Macam mana pon kita buat, kita takkan pernah boley lari dari tunaikan tanggungjawab kita. Allah da janji dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan. Jadi, jangan pernah berasa takut untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan. 

Cuma masalah sekarang, sama ada kita nie sedar atau tidak yang kita nie ada tanggungjawab? Even en sendiri mengaku yang en pon tak sedar yang en da lalai dari tanggungjawab en, mostly as a daughter to my mom. En rasa serba salah sangatsangat snanyer bila mak en marah atas perkara yang en kena buat tapi en tak buat, takpon kadangkadang keja tu mak sowh en buat, tapi en mintak tolong orang laen tolong buatkan, tapi orang tu tak buatkan.. pastu en kena marah. Da kena marah, diam jela.. :'( . En pon tak tau bila en akan jadi anak perempuan yang btolbtol anak perempuan. Anak perempuan yang rajin and boley membanggakan ibunya. 

Bila berpersatuan pulak, bila dapat jawatan, janganlah pulak rasa hebat dengan jawatan yang dipegang tu. Bila kita jadi pemimpin, jadi orang yang mendapat kepercayaan.. banyak lagi aspek yang perlu kita teliti. Ce tanya diri, kalau da pegang jawatan.. Adakah kita dapat jawatan tu atas dasar kita inginkan kemahsyuran atau orang percaya kat kita? Bila kita memimpin.. Adakah kita memimpin dengan penuh adil atau kita berat sebelah?

Tanggungjawab. Dua suku nama. tanggung dan jawab, maknanyer... bila kita da terima, kita da berani tanggung, dan kita berani untuk menjawab atas segala persoalan yang akan timbul nanti. Ataupun selalu terjadi kes di mana, kita tak nak pon jawatan tu.. tapi orang bagi jugak kat kita. Pastu kita dah dok tak puas hati la sebab orang paksapaksa buat kerja. Lagilagi bila program yang dijalankan tu menemui kegagalan, mula la nak blame sana, nak blame sini. Pernah tak experience perkara camtu? Heee mesti pernah kan? Haaa jangan nak tipu. Kantoi! :p

Sayangsayang semua, janganlah camnie.. Cuba kita fikir positif, hanya orang percayakan kita yang berani untuk letak nama kita dalam suatu posisi. Kadangkadang kita nie buta, buta dalam menilai kemampuan diri. Kita taknak nampak kualiti yang ada dalam diri kita. Memang btol hanya kita yang kenal diri kita macam mana, tapi kita nie hamba ALLAH yang selalu buat silap,adakalanya kita juga akan terlepas pandang kebolehan diri kita. Jadi, mulai sekarang, bila dapat sesuatu kerja, jangan terus menolak. Jangn terus berdalih. Ambillah itu sebagai cabaran untuk jadikan kita orang yang lebih baek. Ilmu ALLAH itu ada dimana-mana, jangan takut untuk bertanya bila tak tau. Jangan takut untuk berbincang. En percaya sayangsayang semua pasti akan dapat belajar sesuatu. 

Sampai sekarang en still tak dapat nak hilangkan rasa serbasalah sebab en da pernah abaikan tanggungjawab en dalam salah satu badan uniform kat skolah. Cikgu tu sangat kecewa dengan en. En pon sangatsangatsangat kecewa ngan diri en sendiri. En pon tak tau kenapa en jadi macam tu. En menangis bila en teringat peristiwa tu. Memang tak ramai yang tau pasal kes tu sebab en tak bercerita. Tapi everytime en teringat, en akan sedih. Even en tak boley nak pandang muka adikadik dalam badan uniform tu. En da kecewakan mereka. En da kecewakan semua orang. En taknak kawanakwan semua pon jadi macam en. Orang yang tak bertanggungjawab. En tak tau nasib en nanti macam mana if kat padang mashsyar nanti ALLAH akan tanya pasal nie. Astaghfirullah hal 'azim. Ambillah iktibar. 

Jadi, jomlah kita samasama muhasabah diri. Jomlah kita samasama memohon keampunan ALLAh dan Solat Taubat. Cikgu Arab en ajar.. masa kita berjalan, masa kita turun tangga or apa pun yang kita buat, sentiasalah berzikir astaghfirullah hal 'azim Kita takkan pernah sedar if kita ada buat dosa yang tak disengajakan. Apa lagi... Jom Amalkan!! 

:)

No comments: