ensiyahmuhammad

Monday, June 13, 2011

Perkataan

Assalamualaikum

Dua hari en berehat dari terlibat dalam apa-apa program. Maaf ye teman seandainya tindakan en ini menyusahkan kamu semua. Terlalu awal en memutuskan untuk berehat. Sejujurnya, en sedang berdepan dengan konflik diri kini.

Cuba bayangkan sekiranya anda berada di satu tempat yang sunyi. Dimana suara anda akan bergema bila anda bersuara. Anda menjerit kuat dan tidak berapa lama kemudia anda mendengar suara anda bersahutan perkataan yang sama. Itulah yang dinamakan echo. Di mana suara anda di pantulkan semula. Makin kuat kita bersuara, makin kuatlah suara kita bergema. Inferens yang mudah.

Marilah sama-sama kita gunakan konsep ini dalam didikan. Jika seorang ibu, mengatakan perkataan-perkataan yang baik kepada anak-anaknya, insyALLAH anak itu akan membesar dengan mempunyai akhlak yang baik. Hal ini kerana, anak itu sentiasa diperdengarkan dengan perkataan-perkataan yang baik. Oleh itu, anak tersebut akan memantulkan semua nilai-nilai yang baik. Hal ini juga akan berlaku sebaliknya. 

Sering kedengaran apabila ibu bapa marah kepada anaknya, mereka akan menyebut "Bertuah punya budak!", benar bukan? Kita sedia maklum bahawa kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa adalah satu doa. Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan setiap katakata yang diucapkan adalah katakata yang baik kerana itu adalah doa untuk anak-anak.

Tapi malangnya, ramai yang tidak sedar tentang bahaya dalam perkataan yang dituturkan dan juga nada intonasi yang dilontarkan. Harus diingatkan disini bahawasanya elemen-elemen tersebut amat penting dalam perhubungan. Cuba kita muhasabah diri, berapa ramai yang berkecil hati dengan kita dek kerana intonasi kita semasa bercakap? 

Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa menuturkan perkataan yang baik agar ukhuwah yang terjalin akan sentiasa mekar. Kita mungkin tidak memiliki rupa yang menjadi igauan, tetapi dengan kata-kata yang baik, keperibadian kita juga akan menyerlah, insyALLAH masyarakat akan senang untuk bergaul dengan kita. 

Sejujurnya, en terdetik hati untuk menulis tentang "Perkataan" sebab en sedang bersedih hati. En sangat terkilan bila ada orang yang menuduh en macam-macam. En boleh faham kalau orang tersebut marah, tetapi en SANGAT SANGAT SANGAT tidak boleh terima dengan tuduhan negatif yang orang tersebut lontarkan. En bukanlah seorang perempuan yang begitu baik, tapi en tidaklah seteruk yang dituduh. Jika benarlah apa yang dikatakan, sesungguhnya en lah manusia yang sangat tidak layak untuk hidup di dunia ini. en lebih rela mati. serius.

Walaupun en bakal berumur 21 tahun pada minggu kedua pembukaan sem baru nanti, tapi en akui en bukanlah orang yang matang. Dalaman en masih lagi seorang kanak-kanak yang aktif bertanya ini dan itu. Masih lagi melompat gembira walaupun hanya berjalan ke pasar raya. Masih lagi comot ketika makan. Ya, en masih lagi seorang kanak-kanak. En seorang kanak-kanak yang sesat di dalam diri badan seorang remaja. 

Katakanlah perkataan yang baik kepada en
Maaf, en memang tidak kuat dalam berdepan kata-kata nista

:(

2 comments:

Umi HuMaiRa' said...

kite semua msih dlm proses bljr...xpe,bljr dr pengalaman n insyaallah en akan cepat matang.tabahN hati tuk menempuhi stiap ujiannya.n enjoy ur life....4 ur info,sfat keanak2an en wat akk hepi ngan en tau... =)

ensiyahmuhammad said...

salam kak.

insyaALLAH en akan jadi matang bila tiba waktunya..


hee takpela.. ngan akak jela :p