ensiyahmuhammad

Wednesday, June 8, 2011

Penat?

Assalamualaikum.

Jam di laptop menunjukkan pukul 2.26 pagi. En masih setia di depan laptop. Apa yang en buat? Persoalan yang sentiasa berlegar di fikiran adik-beradiknya. En tak penat ke? Soalan yang sering diutarakan oleh maknya. Hanya pandangan mata yang redup beserta raut wajah yang lesu sebagai jawapan. Senyuman diukir sebagai penyeri muka, mengharap dapat menjadi topeng. Harapan tinggal harapan, ternyata En bukanlah orang yang berbakat untuk menjadi pelakon.

Penat? Sepatah perkataan yang sebolehnya tidak ingin dikaitkan dengan diri En. En termenung. Dipejamkan mata rapat-rapat. Banyak perkara berlegar di fikirannya. En bukanlah seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi, en mudah lesu. Bahkan, en pernah menerima rawatan pernafasan di klinik UIA kerana mempunyai masalah dalam pernafasan. Kini, alhamdulillah, semuanya sudah beransur pulih.

Apa yang en lalui sekarang, kebanyakannya pilihan en sendiri. 
En yang memilih untuk sambung belajar. 
En yang memilih untuk menyertai kelab. 
En yang memilih untuk menyumbang dalam kelab. 
En yang memilih untuk bagi komitmen. 
En yang memilih untuk bekerja. 

Jadi, ini membuatkan En tiada alasan untuk berkata penat. 

En termenung lagi. Jauh. 

Apa beza en dengan pelajar yang amek short sem? Waktu siang pelajar yang amek short sem pegi kelas, en pegi keja. kelas mereka dari kol8 pagi sampai 4 petang. en keja selalunya dari kol8pagi sampai 6ptg (kadang-kadang sampai 8 malam), kalau en masuk tengah hari lam kol12.30 atau kol2, keja sampai closing kol11.30 malam. Pelajar yang amek short sem, sama ada sibuk menyiapkan assignment atau menghadiri meeting dll. 

Jadi, kesimpulannya en dengan pelajar short sem nie sama. Tiada beza.

Jujurnya, en memilih untuk buat semua ini kerana en nak melatih diri agar melihat gambaran bagaimana keadaan en apabila en dah mula semester baru pada bulan September nanti. Apa yang en nampak sekarang, en sangatsangat kena pandai bahagi masa, jika tidak segalanya akan hancur. salah satu lagi sebabnya, en tersedar yang en akan leka jika en tiada apa perkara lain yang hendak di buat. Sekurang-kurangnya dengan menyertai banyak aktiviti dapat membuat en fokus tentang tarikh dan perancangan. 

En ingin beradu. Kepala dan juga bahunya terasa amat mengcengkam. 

Maaf. tiada apa yang ingin dikongsi kali ini, hanya sekadar mencuba untuk menggunakan bahasa melayu tinggi. hee... rasanya cubaan pertama menggunakan bahasa melayu tinggi ini telah GAGAL! 

:(



No comments: