ensiyahmuhammad

Monday, June 6, 2011

Kahwin

Assalamualaikum

Lagu Mahar Cinta nie buat en rasa terawang-awang la pulak. Everytime bukak Pelangi, mesti sengaja je nak biar lagu tu berkumandang banyakbanyak kali. Aduh! kenapa nie? Padahal lately nie en bukan layan sangat lagu nie. Cuma tetiba je rasa nak letak kat blog. 

En mesti TERimagine yang en dah nikah, pastu en salam tangan suami sambil cium tangan, pastu suami cium dahi en.pastu kitorang jalan pegang tangan. aduih aduih. parah nie. Kenapa ngan en nie? Oh Tidak! jangan lar~ jangan lar~ jangan lar~

En angau ke? eyh tak..... mana ada en angau. aduih. baru je cakap nak update pasal perkara yang boley bagi peringatan. tapi en sendiri pulak yang tetiba je terimagine camnie. adeih. (~_~)

Mungkin agaknyer sebab hari tu en nampak ada pasangan warga sederhana emas nie jalan pegang tangan kot. Yela kan, kat Malaysia nie kan bila dah kawen, bukan sume pasangan nak jalan pegang tangan da. Masa bercinta kepit bukan maen, bila dah kawen, suami jalan sebatu kat depan, yang isteri dah tak tau kat mana, bajet macam tak kenal je. En bukanlah cakap semua, tapi majoriti yang en tengok camtu la, takde nak romantikromantik da. 

Kenapa eyh jadi macam tu? Padahal kalau nak ikotkan, masa dah sah jadi pasangan halal la kita patot jadi lebih romantik coz kita da halal nak pegangpegang, nak kiss depan public pon boley. takyah nak soroksorok cz semua tu bukan dosa, siap dapat pahala lagi. haa~

Sepatutnya, lepas dah nikah la, suami isteri kena double triple kena jadi romantik tau. Bukan masa couple. Baru lah rumah tangga tu sentiasa berseri.. Suami tu buatla surprise untuk isteri, made her breakfast ke, bagi bunga ke. Tak salah if suami send bunga kat isteri by delivery services ke, then anta kad "I love you so much sayang. Everyday with u is my special day. Thanx sayang!" Takpon, anta je wall facebook hari hari cakap camnie "i love you sayang! muaah!" it is might be look simple, but believe me.. bila orang dah kawen beromantik sesama pasangan, mesti ramai yang jeles. Kalau orang yang baru je status couple berlove u- love u kat fb, bukan sume orang suka, mesti ada yang meluat. hihi. 

Kepada si isteri pulak, ce bayangkan... bila suami bangun tido je, dia nampak ada simple kad cakap "i love you abang! muaah!!" kat baju keja dia.tak ke suami hepy nak pegi keja. Jangan lupa kiss suami sebelum tidur en selepas tidur!! Manja je ngan suami semanja-manjanyer! Orang laki nie kan memang suka dimanjakan.. :D

Cewah.. en cakap macam en nie ada pengalaman berkahwin je kan? heee takla. saya tak kawen lagi. harap maklum. nie sume angan-angan en. Dulu perspektif en tentang cinta nie laen, but now i have a new different perspektif. :)

Kemanisan rumahtangga pudar bila masingmasing leka dengan tanggungjawab terhadap kerja yang makin menghimpit. Pastu ngan anak-anak lagi, ntahla,apa yang en tengok.. memang bila da makin lama kawen makin ramai da yang lupa untuk beromantik dengan pasangan. Mungkin itu kot sebabnya napa ramai pasangan yang tak kekal. 

Bagi en, kalau dua-dua sentiasa mencuba untuk beromantik dengan pasangan. insyALLAH rumahtangga sentiasa indah. Bagi en jugak, ucapan i love u, ciuman lembut di dahi/pipi/tangan dan juga pegangan tangan, mungkin nampak biasa.. tapi perbuatanperbuatan yang simple tu la yang dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri. Kalau kedua-dua paham tanggungjawab, insyaALLAH ke akhir hayat bertahan. wallahualam. 

p/s : en nak suami yang romantik. but at the same time, lasak. nakal sket and tegas bersesuaian dengan keadaan. kepada bakal suami saya yang tidak diketahui berada di mana: awak, nanti jom kita belajar ball dance nak? pastu kita buat la candle light dinner kat umah, awak suap saya makan, then kita menari with slow music. ngee~ :p

2 comments:

NurHiDaYah said...

kak en..romantik habis...haha

ensiyahmuhammad said...

heee tu baru sket dayah ;)