ensiyahmuhammad

Sunday, June 19, 2011

Imam

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah jika kamu semua sihat. Gunakanlah nikmat sihat ini untuk terus beribadah kepadaNya, memohon keampunanNya, berbakti kepada ibu bapa dan berhubung baik dengan masyarakat. InsyaALLAh hidup makin diberkati. 

Siapa yang nak masuk syurga? Semua orang mesti nak kan? Lepas solat mesti semua orang doa diampunkan dosa dan dapat masuk syurga kan? Syurga best! Sentiasa muda, dikelilingi bidadari dan bidadara, makan minum sedap unlimited, free lak tu, tak pernah rasa bosan, siapalah yang taknak kan? (^_^)

Sempena Hari Bapa nie, terdetik pulak di hati en nak berceloteh tentang "Imam". Siapakah "Imam" yang en maksudkan? jengjengjeng... Well, bila kita sebut "Imam", mesti terlintas dalam fikiran semua imam kat surau dan masjid yang selalu jadi ketua solat. Imam takbir, kita takbir, Imam rukuk, kita rukuk dll. 

Tapi, "Imam" yang en maksudkan sekarang nie ialah "Imam" dalam rumahtangga. Ye, ketua keluarga. itu yang en maksudkan.

Selalu en tertanya, apabila dua orang berkahwin, apa ciri-ciri yang dilihat pada bakal pasangan sebelum mereka memutuskan untuk berkongsi hidup? Adakah kerana rupa? faktor ekonomi? faktor harta benda? sifat peribadi? atau kerana janji?
En mempunyai teman lelaki ketika umur 16 tahun dan sebab en terima untuk bercinta masa tu kerana en menyifatkan lelaki tersebut sebagai kelakar, penyayang dan ambil berat. Tetapi, hubungan jarak jauh yang terbina hanya bertahan sementara. Kisah yang berlaku disebaliknya tidak penting untuk diceritakan. 

Setelah en membaca banyak buku tentang soal hati dan perasaan. 
Setelah en membuat pemerhatian. 
En mengakui.. 

Apabila kita mencintai seseorang itu atas agama yang ada padanya, InsyaALLAH hubungan yang di bina akan bertahan. 

Untuk setiap gadis muslimah, tak kiralah macam mana pun pemakaian kamu, pemikiran kamu, jauh di sudut hati kamu, pasti kamu mengimpikan seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri peribadi Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W merupakan imam yang terulung, sentiasa melakukan tahajud sebagai tanda syukur walaupun syurga itu sudah pasti untuknya, seorang suami yang romantik, sanggup menolong isteri melakukan kerja rumah, masak bersama, sering bergurau senda dll.

Ye betul, susah untuk kita mendapat seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri lengkap seperti Baginda. Tetapi, Doa itu senjata paling hebat setiap muslim, bukan? Oleh itu marilah kita sama-sama mendoakan agar seorang lelaki yang mampu menjadi imam kepada kita itu muncul.

Apabila en melihat seorang lelaki, en akan memerhati 
- Bagaimana dia menjaga solatnya
- Bagaimana dia bergaul dengan kawan lelakinya
- Bagaimana dia menjaga batas pergaulan dengan kawan perempuannya
- Bagaimana dia menguruskan diri
- Bagaimana dia melayan ibu, kakak, adik perempuan dan saudara perempuannya. 
Dalam semua yang diatas, en paling tekankan yang pertama. Hal ini kerana, jika seorang lelaki tersebut mengabaikan solatnya, bagaimana mungkin dia mampu untuk mebimbing kita ke jalanNya? Semua maklum, solat itu tiang agama. Dia sendiri telah meruntuhkan rumahnya dengan tiang yang tidak kukuh, bagaimana mampu kita mengharapkan rumah kita teguh?

Sungguh indah perasaan bila kita mampu mengerjakan solat berjemaah di rumah.
Sungguh tenang terasa bila seisi keluarga mengaji bersama. 
Sungguh nikmat hidup bila alunan zikrullah menjadi lagu yang sentiasa meniti di bibir. 

Duhai saudara wanitaku, hidup ini dua kali. sementara di dunia dan selamanya di akhirat. 

Cubalah jangan terpedaya dengan rupa apabila memlilih pasangan. Cubalah jangan melihat kepada yang duniawi, kerana itu semua sementara. Kuatkanlah iman, berusahalah agar hati kita kuat memilih yang beragama. 

Ya Allah, sesungguhnya hati hambaMu ini lemah dalam menghadapi ujianMu yang melibatkan hati dan perasaan. Kurniakanlah ketabahan ke dalam hati ku untuk terus berpegang teguh ke atas kepercayaanku. terbitkanlah keikhlasan ke dalam hatiKu dalam apa jua yang ku lakukan. 

Ya Allah, sekiranya permintaan yang ku nyatakan kepada diri si dia amat berat, kurniakanlah seorang gadis yang selayaknya untuk si dia agar hatinya tidak terus terseksa dengan tindakan dan keputusanku. Hatiku tidak kuat melihat kesedihannya :(

Ya Allah, aku belum mampu untuk menyayangi mu lebih dari aku menyayangi makhluk mu. Aku belum mampu untuk rindu kepada Mu lebih dari rindu ku kepada ciptaanMu. Ampunkanlah aku atas kekhilafanku.

No comments: