ensiyahmuhammad

Saturday, May 28, 2011

Sedarlah sayang . . .

Sedarlah sayang,
Dia bukan untukmu
Dia bukan tercipta untukmu
Dia bukan yang ditakdirkan untukmu . . .

Sedarlah sayang,
Dia bukan tujuanmu
Dia bukan pendorangmu
Dia bukan matlamatmu

Sedarlah sayang,
Apa niat asalmu
Apa impianmu
Apa cita-cita mu.

Sayang,
Cinta itu indah
Cinta itu menarik
Cinta itu hijau

Sayang,
Bangunlah dari cinta yang palsu
Bangunlah dari cinta yang berlandaskan nafsu
Bangunlah dari cinta yang tak sah

Sayang,
Kekasih halalmu akan datang mencari mu
Kekasih halalmu akan memimpin tanganmu ke jalanNya
Kekasih halalmu akan mencintaimu, merawatmu dan menjagamu keranaNYA

Sayang,
Fahamilah.
Renungkanlah
Hayatilah

P/s : Sayang, ingatlah. Berukhuwah kerana ALLAH. Kawallah nafsu mu dari menjadikan sesuatu yang lain dalam berukhuwah. Redhalah dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah disebaliknya. Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH. Sesungguhnya ALLAh lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

:)

No comments: