ensiyahmuhammad

Sunday, May 29, 2011

Bukit Tabur

Assalamualaikum.

Tetiba saya rasa saya nak bercerita pasal Bukit Tabur :)

Bukit Tabur nie dekat je ngan umah saya. Tapi, walaupun dekat, saya tak pernah berpeluang nak naek. Sebabnya, kat Bukit Tabur nie orang cakap bahaya naik sebab da banyak kes jadi. Lagi satu, gaung banyak. Kawan saya yang lelaki pon tak bagi naik sebab saya perempuan, wisau tak larat katanya.

Tapi satu hari, senior saya ajak naik Bukit Tabur. Saya pun apa lagi kan. Mestilah amek peluang keemasan. hehehehe. Untuk pengetahuan pembaca, senior saya nie memang suka jalan-jalan. Kalau dia free, ajak je dia pegi mana-mana, mesti on punyalah. haha bagusbagus. :p

Masa tu kami naik berempat, sepatutnya berlima, tapi yang sorang lagi tu MIA. Then takpelah, teruskan jela, takkan nak cancel pulak kan... 

Pendakian kami amek masa lebih kurang 3 jam setengah. Fuhh!! penat tau, tapi best giler la! Sepanjang mendaki tu, for sure la kan kami amek gamba. Gamba itu penting u know, bukti kami daki bukit. hehehe. Senior saya cakap, nie first time dia bawak sisters naek Bukit Tabur nie. Sebab dia cakap, dia tak berani bawak sisters sebab risau sisters tak larat, bila da sampai atas, takde sapa ley tolong melaenkan kami panggil helikopter. Alhamdulillah, lepas tengok saya dengan kawan saya berjaya mengabeskan pendakian, lepas nie dia yakin nak bawak sisters. hehe.

Sepanjang mendaki tu, kami takde la berborak kosong. Banyak ilmu yang saya dapat sebab kami banyak berbincang tentang fiqh, munakahat. hehe

Saya mendaki Bukit Tabur pertama kali bersama mereka :)
Saya nak citer detail macam mana keadaan di Bukit Tabur. Tapi malangnya, saya amat malas nak upload gamba. hehehe Mungkin lain kali ye. 

Sehingga saya tulis post nie, dah 3 kali saya mendaki Bukit Tabur. Cubaan kali ke4 gagal sebab cuaca tak mengizinkan. Then takpelah, ada hikmah disebaliknya. Saya mendaki berkalikali atas permintaan kawankawan. Saya tak keberatan nak bawak mereka, selaen saya memang suka aktiviti lasak dan Bukit Tabur nie dekat saja ngan umah saya, saya gembira tengok mereka gembira.Saya terkilan bila ada dalam kalangan kawankawan saya yang menyatakan hasrat nak naek Bukit Tabur, dan atas kekangan yang muncul, mereka tak dapat menjejakkan kaki kat Bukit Tabur nie. :( Takpe ye kawaankawan, insyaALLAH ada rezeki, akan sampai juga kat Bukit Tabur nie . :)

Abang saya ada tanya, "Kenapa yaya suka sangat panjat bukit nie?"
Mak saya pon ada tanya, "Kenapa asek panjat bukit? Ada apa kat bukit tu?"

 Saya hanya tersenyum. Saya pon takde jawapan kenapa saya suka panjat bukit. Saya cuma suka buat aktiviti lasak, saya rasa puas. tu je. Adik-beradik saya yang laen takde pulak yang ada minat macam saya. Cuma abang ketiga saya dulu aktif berbasikal. :)

Saya teringin nak try bunggee jump la~ 

Ada sapasapa nak bawak? :)

No comments: