ensiyahmuhammad

Sunday, April 3, 2011

Perancangan

Manusia selalu menyebut
"Kita hanya merancang, Tapi Tuhan yang menentukan"
Ya, memang tak dapat kita nafikan
Sehebat mana pun perancangan manusia
Perancangan ALLAH tetap tiada tandingannya.

Tetapi,
Apabila perancangan manusia itu tidak menjadi..
Adakah kita betulbetul redha dengan ketentuanNya itu?
Adakah kita betulbetul yakin akan ada hikmah di atas sebalik sesuatu kejadian?

Atau sebenarnya,
Kita hipokrit melafazkan katakata yang diboldkan di atas,
Sedangkan sejak awal lagi kita tidak pernah bergantung harap kepadaNya?
Apabila kita merancang sesuatu..
Pernahkah kita melakukan solat istikharah agar Allah menentukan yang terbaik untuk kita?
Atau ramai yang beranggapan,
Solat istikharah hanyalah untuk memilih jodoh?

Tahukah para pembaca semua,
Lebih afdal kita melakukan solat istikharah
Bukan pada saat kita memohon Allah memilihkan jodoh
tetapi apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan
Misalnya apabila kita ingin membeli rumah
hatta ingin menentukan course apa yang patut kita ambil. . .

Ayuh akhi wa ukhti!
Marilah samasama kita diagnos diri sendiri,
Adakah kita selalu bergantung kepada Allah?
Atau bergantung kepada sesuatu yang lain?

Hati dan akal hendaklah berjalan seiringan. Hati mati bila akal tidak berfungsi. Akal hilang bila hati penuh dengan tompok hitam- ensiyahmuhammad

No comments: