ensiyahmuhammad

Saturday, April 30, 2011

Niat

Assalamualaikum

Wahai diri,
Tetaplah dengan niatmu,
Janganlah kau cuba untuk berubah,
Janganlah kau cuba untuk beralih arah.

Wahai insan yang lemah,
Berusahalah,
Tekadkanlah azam mu,
Usah gentar, si Dia pasti membantu.

Wahai hamba ALLAH,
Berpijaklah pada bumi yang nyata,
Sentiasalah sedar dunia ini hanya sementara,
Usahlah jemu mengejar alam kekal.

Wahai anggota badan,
Muhasabahlah,
Dimana dan untuk apa digunakan,
Adakah menuju jalan yang lurus?

Wahai hati,
Ikhlaskanlah niatmu,
Istiqamahla walaupun sedikit,
InsyaALLAH akan terasa kemanisannya.


:D

No comments: