ensiyahmuhammad

Sunday, April 3, 2011

Cuti Sem

Cuti sem hampir tiba. En, Nc, Yaya dan Anne sedang dalam fasa bertarung dengan final exam. Tinggal satu paper sahaja lagi. Tidak apa yang perlu dirisaukan kerana carry mark mereka untuk subjek yang terakhir ini insyaALLAH dapat menjamin mereka untuk lulus. Subjek tersebut tidak mementingkan gred tetapi cukuplah sekadar lulus sahaja untuk memenuhi university requirement. 

Di pagi Ahad yang indah, mereka memutuskan untuk berjogging bersama di Female Sports Complex. 

Yaya : Waah!!!!!!!! lamanya da tak jogging! rasa macam nak patah je kaki nie! (sambil duduk di atas trek dan melunjurkan kaki)

Anne : Yaya! tak elok la terus duduk camtu. nanti kaki cramp! Bangun cepat. jalanjalan sket.

Yaya : ala....................... kita da tak larat nie nak jalan. takmo da. nak duduk jugak!

Anne : jangan nak mengada la! pegi berdiri sekarang jugak!!! nanti kalau awak cramp sapa nak tolong angkat awak?? awak ingat awak tu kurus.. tak berat ke?? jenuh tau nak angkat

Yaya : eleh.. awak jeles ngan kita sebab kita slim. mengaku jela. kan kan kan? hahahahahaa yela kita bangun. susah betul cakap ngan atlet nie. takde toleransi langsung. huh!

Anne : amboi.. sedap je mulut eyh kutuk orang. sebab atlet ada kat sini la, atlet nie tolong bagi nasihat. nanti kalau kaki cramp, diri orang tu jugak yang sakit kan? nanti mula la merengek-rengek macammacam. Manja mengalahkan budak kecik umo 5 tahun. hahaha

Yaya : Awak nie!!!!!!!!!!

Nc dan En datang setelah selesai merenggangkan badan di alat senaman yang disediakan walaupon kondisi alat tersebut seperti mati segan hidup tak mahu.

En : korang nie kenapa? kitorang dari jauh dah boley dengar yaya menjerit.

Nc : entah yaya nie. kuat tau yaya jerit. Anne kacau eyh?

Yaya : tengoklah nie Nc! Anne cakap yaya manja mengalahkan budak kecik umo 5 tahun! ada ke patut!!!

Nc dan En saling berpandangan. Mereka ketawa. Serentak. Anne pon turut ketawa.
Yaya : Apa korang nie!!!!!!!!!!!! Buli yaya!!! (sambil berpeluk tubuh dan memuncungkan mulut)

Setelah sasi baki ketawa mereka abes. barulah Nc ada kekuatan untuk bersuara.

Nc : Maaf Maaf. hehehe yaya nie kelakar la. Yaya kan memang manja. tengok. orang baru cakap sket je nak merajuk. yaya tau tak macam apa?

Yaya : tak. macam apa?

En : biar kita jawab! kita tau macam apa! 

Anne : haha anne pon tau la macam apa.

Nc : kalau korang tau macam apa. korang jawab la. hee

En & Anne : Macam budak kecik tocang dua yang tak dapat aiskrim!! 
Yaya : korang nie!!!!! mana ada yaya macam tu! 

Nc : hahahahaahahahahaa betul la tu.

En : yaya da merajuk lagi tu. hehe

Anne : yaya, janganlah merajuk. nanti rugi tau. 

Nc : yaya............ tak sayang nc ke? jangan lah majuk. kitorag gurau jela. hee

Yaya masih diam. 

En : Yaya sayang... janganlah macam nie. da lama tau kita tak bergurau macam nie. pasnie cuti sem 5 bulan kita tak jumpa tau. 

Anne : haaaa betul cakap en pon. kita pon da lama tak jumpa awak. senyumlah sikit yaya. 

Nc : yaya...... senyumlah sayang. 

Yaya senyum. begitulah yaya, mudah merajuk. tapi senang di pujuk. 

Anne : haaaaa. macam tulah. kan manis tu. anne mintak maaf k?

Nc & En : Kitorang mintak maaf jugak (sambil tersenyum)

Yaya : hee yela. yaya maafkan. lagipun dah lama kan kita tak borak macam nie. Yaya dengan en.. nama je roommate. tapi susah betul nak nampak. en busy betul. asek balek malam je. 

En : hee. maaf lah yaya. en kena uruskan program. bukanlah busy mana pon. cuma en join 2 program, meeting laenlaen hari. laenlaen masa. tu yang nampak macam en busy. Yaya pon asek tido awal je. en taknak la ganggu. 

Yaya : hee ok. yaya faham. 

Anne : ala korang nie............................... nie anne nak merajuk nie!

Nc : laaaaaaaaaaaa. yang anne nie nak merajuk kenapa pulak??

Anne : yela............. anne dah bape lama takde. takde sapa pon nak tanya mana anne pegi. tak adil la camnie. nak merajuk la. 

Nc : anne.... orang merajuk mana ada cakap dia majuk. 

Anne : biarlah anne nak bagitau kat orang anne majuk biar orang sume notice. hahahaa

Nc : heee yela. seblom ada satu lagi drama. kita tanya awak. memang da lama awak takde. awak hilang pegi mana?

Anne : hee ok. tak jadi da merajuk. hehehe anne tak pegi mana-mana pon. ada je kat sini. 

Nc : lerrrrrrr. da tu.. kenapa da lama tak lepak ngan korang?

En : tah awak nie. nak menyombong la tu. kan?

Anne : eyh, apa pulak. en ada kat sini la. kat female sport nie. macam biasa la. training. 

Yaya : ish! korang nie lupa ke... anne kan ada niat nak masuk sports team. berusaha gigih la tu. 

Nc : hahahaahahahhaa lupa pulak kita ada pemenang 4x400m dengan 800m dekat sini. 

Anne : woit! woit! cakap macam kita dapat johan je. dapat no.3 jela!

En : awak.. takpela. btol la kan awak menang. ok la dari takde pape. 

Anne : hehee yela. eyh eyh! korang semua tak amek short sem kan? da tu masa cuti.. korang nak buat apa?

Nc : soalan awak tu membuat kita teringat dengan surah al-asr je. sapa ingat terjemahan dia?

Yaya : yaya nak try! 

Nc : sila lah....

Yaya : Bismillahhirrahmannirrahim
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
copy and paste dari sini 

Nc : terima kasih yaya. Based on terjemahan yang yaya baca tadi. seeloknya masa 5 bulan cuti kita manfaatkan sebaikbaiknya. 

En : btol tu nc. kita da rancang da apa yang kita nak buat. 

Yaya : yeke? bagusnya awak nie. ada je benda nak buat.

Anne : awak nie yaya.. cik en kita nie memang. mesti ada jela benda dia nak buat. takdenye dia nak dok umah goyang kaki. memang takla kan.. awak nak buat apa en?

En : heee awak nie kan anne. memang kuat tau menyakat orang. erm........... dari 18hb april sampai 24hb april.. kita nak pegi pusat tohoi kat gua musang. berbakti dengan masyarakat orang asli dekat sana. pastu 8july hingga 10 july nak pegi batu kurau perak lak. nak ajar pasal IT dekat budak form2 dengan form3 kat sana. Tapi, seblom kita pegi yang tohoi tu.. kita kena uruskan sket hal untuk program bulan july. 

Nc : apa urusan yang awak kena buat?

En : owh.. masa bulan april, kita kena cari printing shop. so, masa kita pegi tohoi... tinggal kawan kita sorang buat keje. after kita balek dari tohoi.. dalam bulan mei. mesti dah decide nak amek dengan company mane, design, bajet. so by early june.. printing process da berjalan. then, kalau jangkaan kita tak salah. atleast, a week before bulan july.. semua benda yang berkaitan dengan printing banner, baju n tag dah siap. so that, kitorang cuma kena concentrate on bahan untuk module program. everything must be followed the planner i made,if not, we might be have some problem in future and.. i have another thing to handle too at the same time actually. 

Yaya : ada prgram lagi?? apa je?

En : owh.. takde la clash sangat dengan apa yang en kena buat. cumanyer.... en kena proceed dengan design dulu. kalau design da approve.. barulah en troskan dengan proposal. yang nie still in TBD (to be determine) so........... en takde la wisau sangat. 

Yaya : wahhh! en nie........ kita rasa awak perlukan sorang PA la. haha

En : yaya nak jadi en punya PA ke? ok jugak. tapi tak berbayar la. upah dia.. awak tak rindu dengan kita da. hahaha

Yaya : haha taknak la camtu. cancelcancel. 

Anne : hahaha yaya memang macam tu. sume benda nak upah. awak nak buat apa ya?

Yaya : kita? erm.... kita tak fikir pon lagi snanyer........ cuma........................... kita cuma terfikir nak pegi bookfair.. nak borong novel banyakbanyak and nak beli buku ensiklopedia fiqh wanita. Then, kita rasa nak belajar masakla. yaya kan tak pandai masak. 

Anne : eyh.. yeke yaya tak pandai masak? dah tu kuih cara yang yaya selalu buat tu? kalau tu bukan masak.. tu namanya apa? cooking? hahahhaa

Yaya : ish awak nie!!! bukan macam tu la. kita nak belajar masak lauk and jenisjenis kueh yang laen la! takat kueh cara tu.. sume orang pon boley masak.. 

Anne : hahahahahaa bagusla. nanti ley jadi food consultant kita. awak masak untuk kita. takde la kita pegi cafe nak makan. hehe

Yaya : banyaklah awak. malas nak bagi awak makan! 

Nc : heee Anne.. cukupcukup la usik yaya tu. kesian dia. awak tanya orang, awak nak buat apa masa cuti sem?

Anne : hee korang nie.. tanya lagi. bila cuti.. macam biasa la.

En : macam biasa? 

Anne : yela.. macam biasa.....

En: OH!!!!!!!!!!! kita tau. nak keje la tu!

Anne : bijak bijak. 100 markah untuk en! 0 markah untuk nc and yaya. 

Nc : kat zoo kan??

Anne : 100 markah jugak untuk Nc. nampaknya tinggal yaya saja lagi yang tak dapat mata. teruskan berjuang yaya (lagaknya seperti reza dalam rancangan pop kuiz)

Yaya : eyh eyh! apa nie. tetiba jadi pop kuiz lak nie. yaya taknak maen!

Anne : hahahaa yaya da kalah. memang la taknak maen. hahaa aduih, kalau kita jumpa awak. memang sakit perut kita asek nak gelak je. 

En : heee anne nie memang la. ada je point nak kenakan yaya. Awak nc, nak buat apa nanti?

Nc : kita nak cuba hafal al-quran sikitsikit. atau paling tidak pon..... bacalah sket terjemahan alquran. 

En : eyh, sempat ke 5 bulan nak buat sume tu? kan banyak tu ayat.

Nc : takpela. kita buat slow-slow la. mula-mula hafal surah lazim dulu. ada foreigner cakap ngan kita. kalau nak hafal al-quran. kena ikut dari belakang. bukan dari al-baqarah. sebab al-baqarah panjang sangat. 

En : ooooooooo. . . . kita doakan awak berjaya.

Nc : alhamdulillah. atleast dapat hafal sket banyak surah lazim pon jadilah. dari takde pape.

Yaya : btolbtol. nanti nc boley ajar yaya. pastu..... boley tarbiyah sket anne nie. kuat sangat mengusik. 

Anne : hahaha anne pulak. mana ada. orang baek la. muka innocent macam anne nie mana reti nak usik orang. hahaahaa

Yaya : ish!!!!!!

Nc dan En menggeleng kepala saja melihat gelagat mereka berdua.

En : eyh, da kol10 la...... patutla panas semacam. korang tak lapar ke? en lapar la........

Nc : ooopsss! en da lapar. sebelum en mengeluarkan permintaan merepek-repek better kita g cafe skrg..

En : awak! apa maksud awak permintaan merepek??

Anne : opps! betul tu nc. jom jom jom kita g skrg!

Yaya : btolbtol. jom jom.

En : eyh korang nie. apa maksud korang??????????

Anne, Nc dan Yaya segera mencapai stuff masingmasing dan berlalu meninggalkan En keseorangan di belakang. En memandang... dia paham apa yang mereka maksudkan dan tersenyum sendiri. Itulah mereka berempat.. berlainan karakter tetapi saling memahami dan pincanglah mereka jika salah seorang tiada.

Anne, Yaya & Nc : EN! cepatlah!!! nak makan ke tak??

En tersedar dari lamunan dan segera mencapai beg dan tergesa-gesa berlari mendapatkan mereka.

2 comments:

che lan said...

pe yg dimaksudkan dgan "permintaan merepek" tu syg??

ensiyahmuhammad said...

hahahaha hang rasa apa?