ensiyahmuhammad

Tuesday, March 1, 2011

Wahai . . .

Hati

Janganlah kau selalu gundah, kuatkanlah semangat dan azamu, janganlah kau cepat putus asa dan mengalah. Ambillah iktibar yang baik daripada syaitan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan mengalah. Syaitan tidak mengalah dalam menyesatkam manusia. dan kau wahai hati jangan lah cepat mengalah pada kehidupan sekitarmu. 

Wahai hati, yakinlah bahawasanya ALLAH itu sentiasa di samping kamu, janganlah pernah kau sombong padanya. Mintalah kekutan kepadanya agar kamu kuat menghadapi segala dugaan kecil atau besar yang kau hadapai. 

Duhai hatiku sayang, kau cermin kepada siapa aku sebenarnya. yakinlah pada diri mu. ini hanyalah dugaan kecil yang mampu kau hadapi. Kau hanya kurang kekuatan untuk menghadapi semua ini, tapi bukanlah kau tidak mampu untuk menghadapinya. 
Hati, kau kecil sahaja, tapi impak nya cukup kuat dalam aku meledani hidupku. Oh hati! bersabarlah sebentar. Percayalah semuanya akan baikbaik sahaja. kau kena kuat hati!

Telinga 

Jauhkanlah perdengarkan mu dari khabar-khabar duka. Janganlah kau bersedih akan perkhabaran yang belum tentu kesahihannya itu. Kau tahu ALLAH itu MAHA ADIL, ALLAH itu MAHA AGUNG, ALLAH itu MAHA BERKUASA.

Perkara yang kamu dengar itu hanyalah omongan-omongan kosong mereka yang sudah putus harapannya. Janganlah kau terpengaruh dengan kata-kata tersebut. Kebalkan lah perdengaranmu dari katakata itu dan halusilah perdengaran mu kepada segala kata-kata nasihat dan penaik semangat.  

Percayalah wahai telinga, kau mampu untuk menangkis segala kata-kata buruk itu. YAKINLAH!

Otak

Percayalah otakku, ALLAH sudah memberikan kamu ruang yang sudah cukup luarbiasa luasnya untuk kau menimba ilmuNYA sebanyak mungkin yang kau ingini, berdoalah padanya agar ilmu yang kau perolehi itu tidak luput dari ingatanmu. 

 Tiada perkara yang mustahil yang tidak mampu kau lakukan dengan keizinan ALLAH SWT. Yakinlah yang engkau boleh!!! engkau boleh!!! engkau boleh!!! 
Janganlah kau racuni fikiranmu dengan perkara-perkara yang negatif dan merugikanmu kelak. Rancanglah 24jam dengan sepenuhnya. Mungkin kau rasa berat, tapi percayalah wahai otakku, jika kau fokus akan kehidupan selepas mati, kau akan dapat ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sesuatu yang lebih berharga yang tidak mungkin dapat duniawi berikan. 
Teruskan wahai otak. engkau boleh!!! aku yakin kepadamu!!!

Yang benar,
Aku yang hanya meminjammu di dunia sementara ini.

No comments: