ensiyahmuhammad

Tuesday, March 8, 2011

Rasulullah S.A.W : The Perfect Leader!

Assalamualaikum ya akhi wa ukhtie. 

Post ketiga dalam masa satu hari. hehe, rajin pulak eyh nak update blog. takde la, just tetiba terpanggil nak cecite cecite pasal talk yang aku pegi malam tadi. Muslim Leaders : Rasulullah SAW the Perfect Leader! by Ustaz Shaari. tajuk je dalam bahasa inggeris. tapi snanyer conducted dalam bahasa melayu. aku pon terfikir jugak, kalau da conduct dalam bahasa melayu.. kenapa wat poster dalam bahasa inggeris? hahahhaa

Actually, kalau ikotkan semalam aku ada pilihan nak pergi tengok debate it is the time for malaysia recognize 3rd gender, closing ceremony ummatic week, volunteer RABEKA dengan talk pasal ekonomi islam. Setelah mengambil semua pertimbangan, aku pon pegi la Muslim Leaders nie. 

Alhamdulillah, tak rugi aku pegi talk nie. cz ustaz shaari bagi talk memang best! takde la serious sepanjang masa. 

Rasulullah S.A.W nie memang contoh yang paling terbaik untuk kita jadikan idola.
-imam setiap solat
-pemerintah yang adil
-suami yang romantik
-ayah yang penyayang
-peniaga yang amanah
-ketua perang yang bijak

Rasulullah S.A.W ialah orang yang paling sibuk di dunia. tetapi baginda tidak pernah menjadikan itu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawabnyer kepada Sang Pencipta. Keperibadian Rasulullah S.A.W sangat hebat! Sedangkan kita, seringkali memberikan ribuan alasan untuk tidak solat.

Kita umat Rasulullah S.A.W yang lemah. tidak maksum seperti nabi-nabi. Tetapi, itu bukan alasan untuk kita sering berbuat dosa. Kita harus mencontohi Rasulullah S.A.W kerana pada dirinya terdapat sifat-sifat yang baik. Malah, nabi telah mengajar kita tentang segalanya dalam kehidupan hatta sekecil-kecil dari melangkah kaki kiri ke dalam tandas hinggalah perkara-perkara besar seperti berdakwah, cara melayan isteri dan anak-anak dll. Oleh itu, berpeganglah pada Al-Quran dan As-sunnah agar kita tidak tersesat.

Seperti yang setiap orang muslim dan muslimah mengetahui, Rasulullah S.A.W telah dijanjikan syurga oleh Allah. tetapi mengapa baginda tetap bangun solat tahajud setiap malam? Ini adalah kerana untuk membuktikan, walaupon Nabi tu adalah kekasih ALLAH, tapi baginda tetap jua adalah hambanya yang patut taat kepada ALLAH dan solat tahajud merupakan masa yang paling baik untuk 'bercinta' dengan ALLAH.

Kenapa Rasulullah S.A.W yang hebat itu didatangkan daripada golongan manusia? kenapa tidak dari golongan jin atau malaikat? Ini ertinya adalah agar kita dapat mencontohi dan melakukan apa yang dilakukan oleh baginda.Sekiranya Rasulullah S.A.W itu adalah seorang yang berkepak dan boleh terbang, macam mana kita manusia biasa nie nak ikot? mesti kita dok kata mustahil je. 

Dalam konteks perkahwinan pulak, bila orang lelaki nak bermadu, mesti diorang selalu cakap nak ikut sunnah Nabi. Amboi, tang yang nie pandai je nak ikot sunnah nabi, tapi tang solat, zakat, derma dll taknak ikot sunnah nabi pulak. huhu 

Harus diketahui ye, Nabi Muhammad S.A.W bermonogami selama 25tahun dengan Saiditna Khadijah r.a. Hanya setelah kewafatan Saiditina Khadijah barulah Rasulullah S.A.W mempunyai isteri lebih daripada satu. (kalau sapa tak paham, monogami tu maksudnya, isteri seorang jela. kalau poligami tu yang isteri 2 3 4). Apa ertinya? Ertinya..... Nabi Muhammad tidak berpoligami dengan isteri pertama. Apabila baginda berpoligami, wanita-wanita yang dikahwininya itu adalah terdiri daripada wanita-wanita yang menjadi hamba, kematian suami dsbg. Baginda berpoligami dengan niat untuk menolong. 

Tapi, orang sekarang....... berpoligami sebab tak tahan tengok awek dahi licin (-_-") . Itu da bukan ikut sunnah nabi, itu ikut nafsu namanya. 

Pernahkah kamu terfikir, kenapa nabi dilahirkan di Tanah Arab? suatu tempat yang terpencil di mana tidak terdapat tamadun? Kenapa Nabi tidak dilahirkan di negara-negara besar macam Rome, Turki dll? Ini ertinya agar, tidak ada siapa pun dapat mengatakan, ajaran yang dibawa oleh Nabi dipengaruhi oleh tamaduntamadun yang sudah maju. 

banyak lagi yang aku nak cakap pasal nabi, tapi.................... ada certain thing yang aku tak bapa reti nak cakap dengan tulisan. :)
Nabi Muhammad adalah manusia yang sangat hebat. Marilah kita sama-sama mencontohi baginda. bangkitlah dari kelalaian dunia. 

Haruslah diingati ye, 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. berapa lama yang kita boley hidup? Maksimum orang sekarang hidup dalam 60 tahun je. korang tau tak............... dari segi matematiknya, 60 tahun di dunia tu.. cuma bersamaan 1 jam 26 minit je kat akhirat. 

apa yang korang ley buat dalam masa 1 jam 26 minit? tepuk dada tanya selera. :)

p/s: semalam penuh mini audi tu. siap kat bahagian sisters tambah kerusi lagi. rasa macam impress and terharu. aku pon tak pasti napa aku rasa camnie. tapi tu la yang aku rasa. end of the talk tu, ustaz ada tunjuk video, video yang dalam bentuk dialog, video yang menunjukkan bagaimana sayangnya Nabi pada kita apabila pada hari kebangkitan nanti, bukan panjipanji dan segala harta yang Nabi cari, tetapi kita, umat baginda. Nabi cari kat setiap tempat tanya mana umatnya, lalu Jibrail menjawab yang umatnya akan datang dengan lambat dan sangat perlahan. nabi sedih. aku tak reti la nak citer detail, tak ingat dialog tu. masa tengok video tu, gugur air mata aku. nabi sayang betulbetul punya betul la kat kita, tapi kita? analisa lah diri sendiri. :|

No comments: