ensiyahmuhammad

Wednesday, March 9, 2011

Dialog

Di kala satu pagi yang sejuk mendingin. berbual lah Nc dan En di dalam bilik sambil mendengar lagu lagu sedih.

Nc : Cuba kau ingat balek apa niat kau masa mulamula ko join benda tu. Kau cuma nak satu benda je kan? Now kau dah dapat.. so, apa lagi yang kau nak?

En : *senyap*

Nc : kenapa kau senyap? sebab niat kau tak betul kan? ko snanyer bukan nyer nak join sangat pon. tapi sebab ada benda tu. baru kau nak join. kalau tak, memang kau tak pandangla benda tu.

En : Eyh, apa pulak.. mana ada. aku mmg nak join la. takde member je.

Nc : Ngan diri sendiri pon nak tipu ke? apa ke teruk punya orang la kau nie.

En : Weyh! sesuka ati je nak cakap orang teruk. aku memang nak joinla bendabenda yang baek camtu. cuma aku perlukan teman je yang nak berdamping samasama dengan aku.

Nc : poyo la kau. kau tu bukan tak ramai kawan.

En : Correction! aku ramai kenalan. tapi aku tak ramai kawan ok. ko jangan nak putarbelitkan kenyataan.

Nc : ok ok. yang tu aku paham. now, aku nak tekankan kat sini. dari awal lagi niat kau da salah. memangla kau jadi macam sekarang nie. takyahla nak frustfrust ke apa.

En : ye, aku sedar tu. kau takyahla marah lagi. sedih aku. makin pilu hati aku tau tak.

Nc : da memang btolkan. kau tu memang kena bagi kaunseling selalu. biar sedar diri sket.

En : ye, terima kasih Nc.

Nc : apa terima kasih, terima kasih. aku belum habes lagi la. 

En : ada lagi ke?

Nc : mesti la. kau ingat benda nak setel takat macam nie je ke?

En : da tu.. kau nak aku buat apa?

Nc : Mulai dari sekarang. kau kena jauh dari henpon.

En : eyh, apa pulak? apa kena-mengena henpon dengan benda nie lak?

Nc : Banyak soal pulak kau. cuba kau tanya diri kau sendiri. bapa banyak masa yang kau da abeskan dengan texting? penting ke apa yang kau sms tu?

En : takde la banyak sangat duet aku kuar. saja la borakborak.

Nc : sampai dalam kelas, cikgu nga ngajar kat depan kau dok tekantekan henpon. perkara baek ke tu?

En : errrrr

Nc : hah! terketar nak jawab.

En : ye...... aku salah.

Nc : memang pon kau salah. 

En : dah tu.. kalau orang sms, aku takyah reply la?

Nc : yes, unless benda tu penting. takat nak borakborak biasa, buang karen je. tak payah.

En : bukan buang karen la. buang kedit.

Nc : hah! pandai pon kau. and lagi satu, sms kalau dari lelaki. ko jangan balas.

En : ye, aku try............ tapi, kalau diorang tetiba tanya napa aku tak reply sms? napa tetiba aku senyap? napa tetiba aku tak layan.. aku nak jawab apa?

Nc : ko tak payah balas. buat bodo je. takpon, ko start slowslow la. kau reply bila malam je. masa siang kau takyah layan. dalam kol12 seblom kau nak tido tu.. ko sms la cakap satu hri kau bz, and now ko penat. ko nak tido.

En : tak baek la menipu kau nie. da macam setan bagi nasihat da.

Nc : eyh, kau panggil aku setan???????? nak kena penangan libasan naga merah mengamuk ke?? kau kena paham. aku nie bukan apa. aku cume nak selamatkan kau je.

En : hehehehe. aku gurau jela. kau nie emo lebih lak. ye..... aku try eyh practicekan apa yang kau ajar tu. brilliant jugak idea tu. i like~

Nc : memang lar aku bijak. sebab allah da kurniakan otak dengan akal kat aku. ko tu je yang susah nak bezakan mana satu perlu dan tidak.

En : heheheheehehehe kau nie memang amat memahami la.

Nc : mesti la. aku da hidup dengan kau sejak kau dalam perut mak lagi. 

En : hehe. memangla. kalau kau takde. da lama aku pon takde kat sini.

Nc : sedor pon diri. ingat tak sedar. ingat cakap aku. ko kena jauhkan diri dari henpon. and satu lagi aku lupa nak cakap benda yang kau kena elakkan.

En : ada lagi ke? apa?

Nc : jantina bertentangan dengan kau. 

En : kenapa?

Nc : sebab kau tu senang perasan!

En : mana ada! tak baek la kau nie tuduhtuduh aku camnie.

Nc : ko niekan............................... ko nak ke aku bentangkan SEMUA apa yang tersirat kat hati kau tu?

En : errrrr. janganlah buat camtu. malu gler aku weyh

Nc : tau pon malu. masa cakap, tak malu pulak.

En : da la...... sedih aku kau cakap camnie. macam aku jahat sangat je. 

Nc : kau tu bukan jahat sangat. cuma tak berapa nak praktikkan pe yang kau da tu. tu je. tu la masalah paling terbesar kau.

En : janganlah cakap lagi. aku btolbtol nak nanges nie. malu sangat aku rasa. tak tau da nak letak kat mana muka.

Nc : muka, tempat nyer kat muka la. takkan kau nak letak kat bontot lak. hahahahahaa

En : buat lawak pulak kau. gedik tol.

Nc : ehhee kan da senyum tu. aku bukan apa. aku sayang kau. aku taknak tengok kau sesat. and plus, aku amat menyampah kau dok terkenang sapasapa, belum tentu diorang kenang kau jugak tau.

En : sayu hati aku kau cakap camtu. tapi memang btol pon apa yang kau cakap.  orang buat baik dengan aku sket, aku da dok terkenang. gler cheap la. erm......... jom tido nak ? da nak kol1 nie.

Nc : jom jom. sok jangan lupa beli tisu tau. da abes.

En : hee ye. assalamualaikum :)

Nc : jangan nanges tau. jangan sedih. aku sayang kau sangatsangat. muuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhh!!!! waalaikummussalam :)

malam itu. tidurlah ensiyahmuhammad dengan hati yang sayu mendelete semua message bertentangan jantina yang ada didalam henponnya. tidur dengan memakai baju kurung yang lengkap, sesuatu yang pelik. tapi mempunyai makna yang mendalam. semoga bangunnya dari lena nanti, membawa harapan yang baru untuknya :)

1 comment:

farah_liyaNa_muJib said...

waalaikummusalam... cerita yg menarik..