ensiyahmuhammad

Monday, March 14, 2011

Dialog 4 : Nasihat

En baru saja pulang dari bercuti hujung minggu di rumah mak yang tercinta. Sedang dia pulang ke mahallah, terlihat dia Yaya yang lebih suka bersendirian itu sedang termenung di tepi tingkap. 

En : Assalamualaikum yaya, awak tengah buat apa tu?

Yaya : Waalaikummussalam en. hee tak buat apa pon. usha kat luar je. rasa tenang sket. awak baru balek ke?

En : aah. baru balek nie. mak bekalkan kita nasi dengan ayam. shedap tau. nanti kita makan samasama eyh?

Yaya : yeke??? nak nak! kita pon da bosan asek makan kat cafe je. 

En masuk ke dalam compartmentnya lalu mengajak yaya datang ke tengah untuk bersantap bersama.

Yaya : sedapnya............. best la en dapat balek tiap minggu.

En : hee ayam goreng biasa je. tapi air tangan ibu, tu yang laen rasanya. 

Yaya: btolbtolbtol.

En : yaya, tadi kita tengok awak asek mengeluh je. awak ok tak? awak nak citer pape kat kita tak?

Yaya : erm............... snanyer kita memang ada masalah sket. 

En : masalah? marilah citer dengan kita. mungkin kita tak boley tolong. tapi sekurang-kurangnya takde la awak terbeban sangat. 

Yaya melepaskan satu keluhan berat dan mula untuk bercerita. 

Yaya : awak tau kan kita memang suka menyendiri. buat hal sendiri.

En : heee. tau da. kita da lama sebilik dengan awak. da kenal sangat perangai awak tu. dah tu kenapa?

Yaya : lately nie kita asek berfikir je tau.. kita asek berfikir nak mintak maaf dengan gf ex kita.

En : baguslah awak nak mintak maaf. dah tu kenapa awak tak mintak maaf?

Yaya : kita still tak boley nak btolbtol mintak maaf ngan dia. kadang-kadang rasa sakit ati tu asek datang je. awak nak tau. kita baru je usha blog dia tadi.

En : kenapa awak usha? nanti lagi la awak makin sakit ati.

Yaya : no no. bukan macam tu. kita da tak sakit ati da apa yang dia post skrg. but, bila kita ingat balek katakata dia kat kita dulu. siyes rasa macam nak bunuhbunh je minah tu.

En : yaya, banyakkan istighfar. tak baek awak cakap camtu. nabi tak suka tau kita cakap perkara-perkara yang buruk. kena sedar tu.

Yaya : maafkan kita. sometimes kita tak boley nak kawal diri sendiri.

En : awak tengok blog dia. apa awak dapat ?

Yaya : snanyer, skrg nie.. kita more to rasa simpati dengan gurl tu tau.

En : kenapa macam tu pulak?

Yaya : sebab, kita rasa amt bertuah dapat kawankawan yang baek macam awak. bukan mcam dia yang asek ada je kawan nak betrayed dia. and kita ada kawankawan yang tolong jaga aurat kita. 

En : alhamdulillah kalau awak rasa camtu. kita nie sebagai kawan, kenalah saling menasihati. 

Yaya : pastukan dis gurl, dia panjat bukit kat semenyih tau, then, dalam gamba tu dia free hair pulak. sedangkan dia snanyer pakai tudung. then entah kenapa, kita rasa macam sedih pulak tengok dia bukak aurat. 

En : awak sedih tengok dia bukak aurat? kan tu aurat dia. kenapa awak nak sebok? biarlah dia nak buat apa pun. (en ingin menguji yaya)

Yaya : yup. memang kita ada fikir camtu. tapi, as sesama saudara islam, entah kenapa........... kita nak bgi nasihat kat dia tak elok bukak aurat. kita nie bukan nyer lama sangat nak idup kat dunia. kalau boley, kita nak dia sedar kesalahan dia.

En : alhamdulillah kalau awak rasa camtu. kita nak uji awak je tadi. snanyer awak tu sayang kat dia. kalau la awak boley jadi kawan dia. insyaALLAh dia takkan terpesong. 

Yaya : jadi kawan dia?????????? tidak mungkin. kita cuma nak bagi nasihat je. 

En : heeee. awak......... nak bagi nasihat pon ada caranya tau. 

Yaya : macam mana? ajar la kita.

En : jap ye........ kita baca kan untuk awak.

Etika Memberi Nasehat
1. Hendaknya ikhlas di dalam memberikan nasihat, tidak mengharap apapun di balik nasihatmu selain keridhaan Allah Subhannahu wa Ta'ala dan terlepas dari kewajiban. Dan hendaknya nasihatmu bukan untuk tujuan riya` atau mendapat perhatian orang atau popularitas atau menjatuhkan orang yang diberi nasihat.

2. Hendaknya nasihat dengan cara yang baik dan tutur kata yang lembut dan mudah hingga dapat berpengaruh kepada orang yang dinasihati dan mau menerimanya. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang artinya: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah ia dengan cara yang lebih baik”. (An-Nahl: 125).

3. Hendaknya orang yang dinasihati itu di saat sendirian, karena yang demikian itu lebih mudah ia terima. Karena siapa saja yang menasihati saudaranya di tengah-tengah orang banyak maka berarti ia telah mencemarkannya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara sembunyi maka ia telah menghiasinya. Imam Syafi`i –rahimahullah- berkata: “Berilah aku nasihat secara berduaan, dan jauhkan aku dari nasihatmu di tengah orang banyak; karena nasihat di tengah-tengah orang banyak itu mengandung makna celaan yang aku tidak suka mendengarnya”.

4. Hendaknya pemberi nasihat mengerti betul dengan apa yang ia nasihatkan, dan hendaknya ia berhati-hati dalam menukil pembicaraan agar tidak dipungkiri, dan hendaklah ia memerintah berdasarkan ilmu; karena yang demikian itu lebih mudah untuk diterima nasihatmu.

5. Hendaknya orang yang memberi nasihat memperhatikan kondisi orang yang akan dinasihatinya. Maka hendaknya tidak menasihatinya di saat ia sedang kalut, atau di saat ia sedang bersama rekan-rekannya atau kerabatnya. Dan hendaklah pemberi nasihat mengetahui perasaan, kedudukan, pekerjaan dan problem yang dihadapi orang yang akan dinasihati itu.

6. Hendaknya pemberi nasihat menjadi teladan bagi orang yang akan dinasihati, agar jangan tergolong orang yang bisa menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan ia lupa terhadap diri sendiri. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman tentang Nabi Syu`aib: “Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang” (Hud: 88).

7. Hendaknya pemberi nasihat sabar terhadap kemungkinan yang menimpanya. Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang ma`ruf dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan sabarlah terhadap apa yang menimpamu”. (Luqman: 17). Luqman menyuruh anaknya untuk sabar terhadap kemungkinan yang terjadi karena ia memerintah orang lain mengerjakan kebaikan dan mencegah
copy n paste dari blog bro dauz

Yaya : kena jugak ke duduk berdua ngan dia?

En : kita yakin yang awak mesti taknak revealkan identiti awak kat dia kan?

Yaya : sangatsangat memahami awak nie. memang pon. da tu....... macam mana nak buat?

En : erm...... ada satu hadis yang diriwayatkan oleh 

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim )

 En : Maksud hadis nie, tangan tu melambangkan kekuatan atau kekuasaan menurut cara yang lebih berkesan. Menggunakan lidah sekiranya tidak berjaya dengan tangan. Ini bermaksud awak nasihatkan dia, and if dia ikut takpela. but if tak boley nak ikut. Barulah menggunakan kaedah yang ketiga, iaitu menggunakan hati. iaitu dengan cara awak doakan dia mampu sedar kesalahan dia dan berubah.

Yaya : da tu. sekarang nie....... kita nak tegur pakai apa?

En : kalau nak diikutkan.. awak dah pon mencegah dengan hati. sesuai dengan hadis nabi.

Hal ini pernah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabda-Nya yang bermaksud: "Apabila dikerjakan kejahatan dalam permukaan bumi, maka orang yang menyaksikannya tetapi dia membencinya seperti orang yang tidak melihat perbuatan tersebut. Dan barang siapa yang tidak melihat kejahatan itu tetapi dia suka akannya maka dia seperti orang yang menyaksikan perbuatan tersebut".

En : Awak takde kekuasaan nak tegur dia pakai tangan. seboleh-bolehnya, awak cuba lah nasihati dia guna lidah. awak cubalah bagi nasihat kat dia. mungkin dengan cara awak komen pon da ok. 
Yaya : komen pakai nama kita ke?

En : Jika awak belum bersedia...... gunalah nama yang tidak mencemarkan nama baek awak sendiri.

Yaya : insyaALLAH,nanti kita komen.

En : alhamdulillah. niat yang baek harus diteruskan. 

Yaya : btolbtolbtol

En : borak je kita. nasi tak terluak pon. jom makan!

Yaya : heee tau takpe. leka btol borak. jomjom!

No comments: