ensiyahmuhammad

Thursday, March 10, 2011

Dialog 3

En berlari-lari anak mendapatkan Nc yang sedang tekun menghafal 2 hadith di bangku berdekatan dengan female sports complex 

En : Nc! Nc! Nc!

Nc : Napa dengan kau nie? tercungap-cungap, tarik nafas, lepas. pastu baru la cakap.

En pun melakukan seperti apa yang disuruh. Setelah nafasnya kembali stabil, En memulakan bicara.

En : hehehe aku datang nie saja je nak tunaikan janji.

Nc : kau ada janji pape dengan aku ke? Kenapa aku tak ingat pun?

En : janji pasal hadis yang aku cakap pasal haram kita contact lelaki tanpa urusan.

Nc : owh...... yang tu ke? ok. aku ready nak dengar (sambil menutup kertas hadisnya)

En : Hadis nie mesti da selalu kau dengar.

Nc : yang mana satu?
t
En : Aku baca eyh.... 

"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, janganlah ia berdamping hanya lelaki dan perempuan bukan mahram, sebab yang demikian syaitanlah pihak ketiganya." (HR Ahmad)
Nc : yup.. aku pena dengar, kau ley explain lebih sket tak pasal hadis nie?

En : InsyaALLAh. aku cuba eyh. Dalam buku nie cakap.......... Harus diakui tiada istilah persahabatan sejati antara dua lawan jenis kecuali kelak akan menjerumuskan kepada jalan syahwat. kerana antara dua orang, yang ketiga adalah syaitan. Diterangkan lagi, Keindahan dan keceriaan saat berduaan akan menjerumuskan mereka ke lembah hina dan mereka sedang mencampakkan maruah mereka sebagai muslim dan muslimah.

Nc mengangguk-angguk faham. En pun menyambung

En : Even, yang menariknya lagi. Para psikologi pon da buat kajian tau, memang tak ada hubungan sejati antara dua jantina yang berlainan kerana kedua-duanya dikurniakan sifat dan rasa tertarik antara satu sama laen. Ko pena rasa tak benda nie?

Nc : maksud kau tertarik dengan lelaki ke?

En : yela.. takkan kau nak tertarik dengan perempuan lak. haha

Nc : hehe pernah pernah. kenapa kita rasa camtu eyh?

En : haaaaaaa. sebab tu la islam melarang kita. kau tau.. tu sume syaitan punya keje!

Nc : Nauzubillah! apa yang syaitan buat?

En : Sebab syaitan nie akan membuahkan cinta kilat yang akhirnya menjerumus kepada zina. Dari persahabatan biasa, bertemu, saling memuji dan kemudian benih cinta pun tumbuh. 

Nc : tapi aku takde bf, kau yang ada! HAH!!!! kau buat zina.

Muka En berubah mendung. Dia melepaskan keluhan berat.

En : haih.. aku tau. actually, masa baca buku nie... aku terasa gler kot. 

Nc : memang patut pun ko terasa. kalau kau tak rasa pape. aku pon tak tau la nak cakap apa. 

En : Dalam buku nie pon, ada tau dia cakap pasal ciri-ciri orang yang tengah mabuk asmara. 

Nc : hahahaha yeke? baca sket apa dia tulis.

En : Satu, rasa ingin memiliki yang berlebihan. Dua, hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Ketiga and yang paling last, membawa perbuatan-perbuatan dosa di rimba raya cinta. 

Nc :  Kau mesti terasa gler punya gler terhebat kan? alhamdulillah aku takde bf. hahhahahhaaha

En : of course lah weyh!!!!! yela, aku takley dowh tengok bf lebihkan orang laen. siyes, kadang-kadang tu sampai dia rapat ngan family pon aku rasa jeles je......... then, pasal no.dua tu lak macam macam aku nak. nak g sana, nak g sini, nak itu, nak ini. bila dia tak buat. mula la aku nak merajuk ke apa. yang ketiga tu pulak, err........... 

Nc : hah! napa kau diam?? apa kau da buat hah?

En : ala.. takkan nak mention jugak. malu la aku.

Nc : OOOOOOOOOOOOOOOOOO. masa buat tak tau malu. skrg tau pulak nak malu!

En : kau nie garang la. sedih aku.

Nc : kawan aku buat kemungkaran. mestilah aku marah!

En : tapi skrg da dekat 2 bulan tau kitorang tak jumpa. macam aku cakap semalam la. aku tak rasa nak couple da. tapi aku tak tau nak cakap camnie. berat je rasa hati aku nie.

Nc : kau kena muhasabah diri kau betulbetul. kuatkan iman kau. 

En : tapi sekarang nie kitorang da cam renggang. tak macam dulu. sms pon da jrang. call memang tak pernah la. 

Nc : aku hope kau ley cepatcepat berubah. 

En : amiinnnnnn. ko doakan aku eyh. 

Nc : sure sayang~ 

En : heee kan lembut tu. i like~~ heee kau da hafal belum hadis tu?

Nc : aku tengah hafal la tadi.

En : da sampai mana da? 

Nc : baru dapat satu. kau dengar tau aku hafal yang nie. (sambil menunjukkan kepada salah satu hadis)

Lalu En pun menolong Nc untuk menghafal hadis.


3 comments:

fahada said...

mcm penah saya tunjuk ilmu2 di atas kpd cik Nc..alhamdulillah :)
saya doakan awak yea..hehe.
tapi agak pelik la..kenapa Nc dgn En je ea..Fada & Mas tu bunian ker?haha

Nasuha Salleh said...

dapat sesuatu 'peringatan' yg berguna disni
terima kasih =))

ensiyahmuhammad said...

fada n mas.. saya belum mahu merevealkan nama kawankawan saya di sini. hehe

nasuha. alhamdulillah kalau awak dapat sesuatu. :)