ensiyahmuhammad

Saturday, February 19, 2011

Cinta

Aku sering tertanya kenapa itu berlaku.
Aku menyalahkan dia dan dia
Aku bongkak mengatakan aku yang benar
Aku ego mahu sokongan semua.

Aku hanya manusia biasa
Aku selalu terleka
Aku sering terlupa
Aku jahil tentang agama

Aku menangis bila ditipu
Aku menangis bila dikasari
Aku menangis bila berpisah
Aku menangis bila merindu

Inikah yang dinamakan cinta?
Inikah cara manusia menunjukkan cinta?
Inikah cara manusia saling mencintai?
Inikah yang didambakan semua ketika bercinta?

Aku inginkan cinta yang halal
Aku inginkan cinta yang tulus
Aku inginkan cinta yang ikhlas
Aku inginkan cinta yang sebenar.

Cintakah dia bila dia memegang tanganku?
Cintakah dia bila dia sms mengatakan 'I LOVE YOU'?
Cintakah dia bila dia mengatakan rindu kepadaku?
Cintakah dia bila dia mengajak keluar hanya berdua?

Begitukah rupa cinta yang sebenar?
Begitukah ajaran Rasulullah tentang cinta?
Begitukah cara yang betul ketika bercinta?
Begitukah cara menyalurkan cinta?

Aku bingung.
Aku sedih.
Aku menangis
Aku buntu.

Sesungguhnya, selama ini aku hanya tertipu.
Ye, aku tertipu dengan bisikan nafsu syaitan.
Itu semua bukan cinta sejati.
Melainkan hanya cinta nafsu untuk melalaikan manusia.

Aku dikaburi dengan persekitaran,
Aku melihat yang haram itu halal,
Aku melihat yang halal itu pula haram.
Aku tidak tahu membezakan yang hak dan yang batil.

Hatiku diisi dengan cinta palsu
Hatiku hitam,
Hatiku mati.
Hatiku tidak menerima hidayahNya.

Ya ALLAH,
Andai kata hari ini merupakan hari terakhir ku berada di bumi ini,
Aku memohon kepadaMu Ya ALLAH,
Berikanlah hidayah kepada dia dan dia,
Agar dia dan dia mengejar cintaMu Ya ALLAH.


Cinta itu wujud
Cinta itu manis
Cinta itu indah
Cinta itu hebat

Cinta ALLAH tiada tandingan.
Cinta ALLAH tidak mengecewakan
Cinta ALLAH menenangkan
Cinta ALLAH abadi.

Ya ALLAH,
Maafkan aku kerana aku berpaling dari cintaMu,
Janganlah Kau pergi dariku,
Aku memerlukan diriMu.

No comments: