ensiyahmuhammad

Tuesday, February 15, 2011

:'(

Assalamualaikum ya akhi wa ukhtie

Dah beberapa hari tak menjenguk blog.  Alhamdulillah, sesungguhnya segala pujian hanyalah untuk ALLAH. ALLAh yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita! Ye, aku yakin itu. 

Namun sebagai hamba yang penuh dosa, kadangkala terbit juga di hatiku keraguan, ketidakyakinan, putus harapan dan etc. Astaghfirullah hal azim.  Mungkin sekarang aku amat merindukan hidayah ALLAH, mungkin juga 5 minit lepas aku post ini, aku sudah terlupa apa yang aku inginkan. 

Entahlahkan aku dapat atau tidak untuk menjadi seorang gadis Islam yang sebenar. Hatiku masih lagi penuh dengan perasaan cemburu, dengki, dendam dan etc. Sifatku masih lagi pemarah, kasar, kurang sabar dan etc. Pemakaian ku masih belum menutup aurat. Tuturanku masih kasar dan pemahaman agamaku masih rendah. 

Aku bukan lah muda sangat, sekarang 15feb2011, maknenyer lagi 6 hari 7bulan untuk aku genap umur 21 tahun. Kalau ikut umur, dah boley kawen da nie. Tapi masak pon tak reti, so macam mana nak jadi seorang isteri? HAHAHAHA. memang tak la kan. Walaupon macam tu, aku mmg ada niat nak berkahwin awal. 

Berbalik kepada umurku. ada satu hadis yang aku baca dan membuatkan aku berfikir. 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : " Seseorang hamba Allah tidak dapat melangkahkan kakinya waktu dihisab hingga ditanyakan empat perkara : 
1. Tentang umurnya : ke mana telah dihabiskannya
2. Tentang ilmunya : Banyak mana yang diamalkannya
3. Tentang hartanya : Dari mana didapatinya dan untuk apa dipergunakannya.
4. Tentang tubuhnya : Untuk apa dipergunakan." 
(Riwayat al-Tirmizi)

umur? masa skola rendah. mak ayah tak hantar aku pegi skola agama. tapi mak ayah aku anta pegi mengaji kat surau. aku belajar khat, aku belajar muqaddam, aku belajar sirah nabi (part yang paling aku suka), aku belajar al-quran, tajwid dll. tapi bila aku da besar? apa yang aku da buat. al-quran entah ke mana, tajwid entahkan ingat entahkan lupa, berzanji jauh sekali. Hanya pada hari raya aku menjejakkan kaki ke masjid, kaki melangkah laju ke shopping complex tgk wayang dan boling. jadi? kemana selama nie aku habeskan masa? :'(

ilmu? mak ayah aku da anta g surau belajar agama. kat skola subjek pendidikan agama islam alhamdlulillah memang subjek wajib yang aku dapat A, aku belajar hukum hakam dalam agama. aku hafal PAFA. aku ikot kursus jenazah dan kursus imam. TAPI itu semua cerita masa sekolah. Kalau kau lihat aku sekarang, malu aku nak berjumpa dengan ustazah sekolah aku, dengan ustaz surau aku. mesti diorang kecewa sebab ilmu yang da dicurahkan tak sampai 10% pun aku amalkan. Banyak yang aku hafal sbb nak pastikan dapat jawab masa exam je. :'(

harta? aku keje........ tu pon lepas spm, lepas stpm dengan masa cuti sem or masa public holiday. apa yang aku da buat dengan duet gaji aku? Alhamdulillah banyak yang ku laburkan utk perbelanjaan di unversiti. tapi! lagi banyak yang aku laburkan untuk keseronokan diri. Bersedekah? owh... tiada satu pon yang aku ingat.  mungkin hampir kepada tiada. Berzakat? belum layak lagi. insyaALLAH satu hari nanti.

Tubuh? selaen dari aku mengabdikan diri untuk berkawat masa sekolah belum lagi rasanya aku gunakan untuk berjuang ke arah kebaikan. jika ada pun mungkin sedikit sahaja. Yang ku gunakan ke arah kemaksiatan, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Berterima kasih aku kepada ALLAH sebab ALLAH menutup semua aibku, agar diri ku mampu berjalan megah di khalayak ramai. Aku sedang mencuba untuk bertaubat. tapi, bak orang kata "cakap senang r!! buat tengok!" ye.. aku tak tau sama ada aku mampu atau tidak nak bertaubat. 


Macam mana if aku kecelakaan dan pergi buat selamanya sebelum aku sempat untuk bertaubat dan beramal? macam mana? macam mana? macam mana?

3 comments:

che lan said...

bertaubatlah sayang...

ensiyahmuhammad said...

tgh mencuba... insyaallah

che lan said...

that y i glad to have a fwen like u dear...a good fwen i mean...