ensiyahmuhammad

Tuesday, February 8, 2011

Aku dan Aurat

Aku nie bukan alim pon owh
Pengetahuan agama takat ok-ok je.
Aku dari kecik bukan lah nak cakap free hair sangat.
Kalau aku nak kuar g giant, baru aku pakai tudung.
Tapi kalau takat nak merayau dalam kampung. 
Memang aku free hair je.

Masa umur aku 14 thn...
Aku pindah rumah.
Lepas tu aku macam agak was was la. 
Nak teruskan amalan aku free hair dekat kampung atau pun tak

Alkisahnya....
Adalah satu hari nie,
Aku nak pegi kedai. 
Aku tak pakai tudung tau. 
Lepas tu, ada la seorang budak yang mengaji sama-sama dengan aku kat surau..
Dia nampak aku..
Dia cakap la.. "Akak, kenapa tak pakai tudung?"
erk.. dia lagi muda dari aku. 
Korang ley bayangkan tak betapa malunya aku.
Budak yang muda dari aku tegur aku macam tu.
Aku tak jawab pon soalan dia. 
Aku senyum je kat dia.

Tapi alhamdulillah,
Kerana teguran dia.. 
Aku pon decide la nak pakai tudung kalau aku pegi mana-mana.
But satu je, kalau kuar depan umah. 
Aku still lagi free hair.
Maaf, aku belom bisa hilangkan tabiat yang satu itu. 
:'(

Sekarang...
Aku dalam stage untuk belajar lagi.
Aku belajar untuk menutup aurat.
Yela.. 
Selama nie aku mana la nak pakai stoking kan..
Kaki kan aurat jugak.
Aku keluar mana-mana.. 
Sure la aku pakai macam tu je. 
Takdenya aku nak amek inisiatif beli stoking ke apa.
Memang tak la kan..

Sejak akhir-akhir nie, 
Aku sedang cuba untuk biasakan diri pakai stoking
Stoking tangan dengan kaki.
Yelakan.. kalau kita pakai lengan panjang pon.
Kalau kita angkat sket..
Kan da terdedah kita nyer lengan..

Tapi aku mengaku la.
Da kata budak baru nak adapt kan.
Kadang tu aku pakai.
Kadang tu aku tak pakai..
Aku cuba la kan pelan-pelan.
Doa la aku boley terus adapt dengan pemakaian baru nie.

Kadang-kadang kan...
Aku macam tak ready tau.
Aku tak ready nak berubah sepenuhnya.
Hati aku mudah leka dengan fesyen-fesyen terbaru

Kadang-kadang aku asek fikir je tau.
Aku pakai style macam nie tak salah ke?
Aku pakai nie macam nie boley ke?
Aku pakai nie takpe ke?
Dan sebagainya..

Tapi aku lebih selesa pakai yang simple-simple je.
Kalau ikutkan hati...
Memang aku pakai track suit dengan tshirt je pegi kelas. 
Hehehehehheeheheh

Everytime aku tengok orang pakai tudung labuh.
Siap pakai purdah lagi.
Sometimes aku teringin gak nak pakai camtu
Barulah digelar muslimah sejati kan.
Perhiasan dunia yang didambakan setiap soleh

Aku nak macam tu.
Tapi aku belum layak.
Masih banyak lagi hukum-hakam Allah yang aku kena belajar
And masih banyak lagi perkara-perkara yang dilarang Allah yang aku buat.

Imagine jela kan..
Apa cer kalau perempuan tudung labuh 
Tetiba nampak member lelaki 
tegur "yo! ko pekaba skrg?"
Siap tepuk bahu segala.
Pastu dok guraugurau siap larilari lagi.
tak ke tu nanti mencalarkan image muslimah?

Impian aku ..
Bila aku da ready nak
Kawal pergaulan aku
Kawal percakapan aku
Kawal emosi aku
Kawal pandangan aku 
Dan segala-galanya
Aku akan cuba untuk menutup aurat dengan sepenuhnya.

InsyaALLAH

No comments: