ensiyahmuhammad

Friday, September 21, 2018

Ke 28

21 September 2018 // 11 Muharram 1440H

Alhamdulillah. Allah izinkan aku masih bernafas untuk ke 28 tahun.

Tersedar pukul 1 pagi pada Jumaat yang barakah ini. Tidak ada apa yang aku harapkan melainkan kesyukuran yang mendalam atas nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan tanpa aku minta dan dalam keadaan diri yang tak pernah lari dalam melakukan dosa. Sesungguhnya, kasih sayang Allah tu amatlah luas. Yang tak boleh dibandingkan dengan apa apa pun. 

Alhamdulillah. 

Moga-moga, selama 28 tahun ini, ada amalku dan sedekah jariah yang mampu menolong tika di Hari Penghitungan nanti. 
Moga-moga, usia ku yang mendatang nanti, makin diberkati untuk melayakkan aku ke Jannah Firdausi. 

Aaaamiiiin.

Saturday, September 15, 2018

Coretan 1:44pagi

Aku menulis di waktu malam tengah sunyi sambil ditemani lagu "i will be right here waititng for you". Marilah dengar sama. kita amek feel yang sama. hehe
---

Anas Sadiq kurang sihat. Demam panas dan cirit birit. Sebagai seorang rakyat yang baik, aku gunakan khidmat klinik kesihatan yang kerajaan dah sediakan. Aku bawak Anas pergi Klinik Kesihatan Hulu Kelang, dengan bayaran rm1, boleh dapatkan khidmat nasihat doktor dan ubat. oh yeah! contohilah saya. hihi

Masa masuk dalam bilik doktor...
Aku : Doktor, anak saya demam. lepas tu dia tak aktif
Doktor : Tak aktif? saya tengok aktif je.. [ye, Anas tengah mencuba dengan sepenuh tenaga nak ambil mouse atas meja . Tak aktif la sangat huhu (=_= )]
Aku : Semalam dia baring je. tak main sangat. tapi bawak klinik hari ni, aktif pulak dia mengacau. huhu

Begitulah Anas Sadiq ye para pembaca sekalian. Bila dia sakit, kat umah nampak tak bermaya. tapi bila bawak pergi klinik, aku pun jadi blur anak aku sakit ke tak sebenarnya. huhu 

..............................................................................................
Dah hampir Setahun 3 bulan Allah amanahkan kepada aku untuk jaga Anas Sadiq. Sepanjang tempoh ini jugak, aku selalu muhasabah diri. Apa yang aku lalui sekarang, dan apa yang aku rasakan sekarang ---- adalah perasaan yang sama macam mana ibu bapa aku besarkan kami adik beradik. 

acapkali ayat yang terkeluar dari mulut aku. "ini baru anak seorang, kalau ada dua tiga lagi. tak tau la camne". dan setiap kali itu jugak, mesti aku muhasabah dan rasa sebak. Macam mana aku plan itu ini untuk Anas Sadiq, mesti mak dengan bapak pun ada jugak buat plan untuk hidup aku. Cuma, aku tak tau sama ada aku mengikut plan ibu bapa aku ke tak. 

"hey dad, look at me. think back and talk to me, did i grow up according to plan?"

favourite aku, bila Anas Sadiq tidur. aku selalu pandang dia dan try visualize waktu dia besar nanti. belajar, kawen, ada anak. Aku harap, aku berusaha yang terbaik untuk jadikan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, hormat perempuan, berdikari, beradab, berkepimpinan, sabar, ringan tulang, selalu tersenyum dan sebagainya. 

tak lama lagi birthday aku. dan aku takde pape expectation untuk pape hadiah atau specific celebration. suami aku pun dah minta maaf awalawal, dia takde hadiah tahun ni (eleh, tahun lepas pun takde jugak hahahahaha). nvm, aku tak kesah pun.

aku cuma harapkan, aku tak siasiakan setiap nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Aku tak mahu kemahuan yang tidak akan pernah habis mengaburkan setiap kebahagiaan yang ada di depan mata. Aku ni bukan boleh caye, kalau nampak orang beli kereta ke, rumah ke, hadiah ke, startla cemburu huhuu. pe benda tah nak cemburu dengan rezeki orang. hmm

Doakan aku jadi insan yang lebih baik.

-- kadangkadang aku lupa yang aku ni dah jadi mak anak seorang. perangai bebudak lagi. well, aku mak yang cool, kan? hihi


Thursday, September 13, 2018

Baju Kurung English Cotton Murah

Izinkan aku promosikan jualanku di blog peribadi ini. Insyaallah, akan makin kerap aku update.

Sekarang ni aku perasan yang ramai orang berminat beli baju yang dah siap berbanding beli kain meter dan jahit. Mengenangkan kos, beli kain semeter sahaja dah berapa, upah lagi. tunggu nak siap lagi. kadangkadang walaupun dah ukur, si tukang jahit tetap jua membuat kesilapan,... dan jadi tak best jugak kepada pemakai. hmm. tak seronok kan?

Jadi cadangan aku, ayuhla kita beralih kepada baju cotton.. yang aku tunjukkan ni cotton jenis baju kurung moden. kita ada juga kebaya untuk dewasa dan kanakkanak. dan juga peplum . juga untuk kanakkanak.

lepas ni kalau rasa nak cari baju cotton , boleh cari saya :D 

KURUNG MODEN ENGLISH COTTON
=============
CIRI - CIRI KAIN
=============

:heavy_check_mark: πŸ’—Kain % English Cotton.
:heavy_check_mark: πŸ’—Kain lembut sejuk dan Paling penting selesa dipakai
:heavy_check_mark: πŸ’—Kain mudah diurus , tidak luntur Warna selepas dibasuh
:heavy_check_mark:πŸ’—Sangat Sesuai untuk pecinta cotton , design mmg semua cantik !

INFO PRODUCT:
BAJU KURUNG MODERN

DESIGN :
:womans_clothes:πŸ’—Modern( bukan jenis potongan ketat)

:womans_clothes:πŸ’—span di bahagian bahu

:womans_clothes:πŸ’—Dart belakang

:rose:πŸ’—ZiP belakang baju

:womans_clothes:πŸ’—Pingang getah semua

:rose: πŸ’—Zip kain disebelah kiri

JENIS KAIN :
:womans_clothes:πŸ’—Kain selisih depan ( kain pakai)

Saiz ~ XS, S,M,L, XL & XXL
=======
HARGA ASAL RM65
=======
PROMOSI HINGGA 16 SEPTEMBER 2018
RM59
RM59
RM59

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

ada lebih 400 design. boleh wassap ke
http://www.wasap.my/60136291328/cottonblog

Azam 1440H

Semalam dekat Fb, aku nampak ada seorang pakcik ni buat contest.
mudah je contest dia. komen apa hijrah (atau azam) yang kau nak buat untuk tahun baru ni, 1440H. lepas tu ajak la orang lain pun join sama contest tu. Kena share la kan maksudnya hihi

kalau terpilih, boleh menang hadiah buku "Hijrah itu Aku Perlu  tulisan Puan Felinna"

Lama aku fikir apa aku nak buat sempena tahun baru.
Kalau ikutkan, apa yang aku nak buat

1. Konsisten promote baju cotton dengan biskut. Biar orang kenal aku sebagai akak baju dan akak biskut. aku tak kisah. Janji bila diorang nak cari baju atau biskut. diorang cari aku dulu hihi
2. aku target nak dapatkan 100 order untuk bulan ramadhan nanti. jadi aku kena mula sekarang dan kena kekalkan momentum sekarang.
3. nak kumpul duit sampai cukup nak pergi umrah.

tapi tapi tapi, yang palinggggggggggggggg aku nak berhijrah ialah

"membersihkan hati sebersihbersihnya. bersangka baik pada orang dan fokus pada kebaikan orang"

benda ni yang paling aku susah nak buat. aku ni takde la baik sangat pada orang, tapi aku ada sikap kalau orang buat jahat or buat benda yang aku tak suka. terus aku tak suka dia (acah acah aku ni baik la. takde keburukan huhu)

nak bersihkan hati ni, tindakan dia kena istighfar selalu. jadikan orang yang positif sebagai model. tak perlu orang terkenal pun. cukupla kawankawan aku yang baik sebagai model.

doakan aku berjaya jadi orang yang cantik pekerti.

Wednesday, September 12, 2018

Alhamdulillah

Setelah beberapa kali aku cuba untuk dapatkan semula blog ni.
Hari ni aku berjaya!

rasa nak menangis, terharu.

boleh la aku membebel kat blog ni lagi.
membebel kat FB nanti orang menyampah. - aku nak menjual kat situ.
membebel kat wassap - nanti orang takut pulak nak membeli kat aku
membebel kat insta - aku tak reti. hahahaha

seronoknya!

Tuesday, July 11, 2017

Julai Dah

Assalamualaikum

Ihiks. belum habis lagi cerita April yang aku balik kampung kat Kelantan tu. Tau tau sekarang post aku Julai pulak. ihiks. 

Susah nak konsisten menulis sekarang ni. makin lagi menyukarkan aku nak konsisten menulis bila dah ada khalifah kecil. hee. Alhamdulillah, aku dah selamat beranak 29 Jun 2017 di Hospital Ampang. Allah mudahkan urusan bersalin. 

Masa memula aku dah bersalin tu, Kakak aku cakap, aku bersalin sangat senang. Huhu. Memula aku tak paham apa maksud aku bersalin 'senang'. Sedangkan masa tu aku rasa nak tercabut nyawa aku masa kat dalam labour room. Tapi aku mulai paham maksud 'senang' tu, bila aku tengok keadaan sekeliling. Rupa-rupanya, bila kita nak bersalin ni, bukannya semua orang, terus sakit and terus boleh bersalin. 

Ada macam-macam kes, yang kalau aku tak bersalin, mungkin aku takkan paham. 
Contoh:-
1 - ada orang bukaan dah 1cm, nak tunggu bukaan yang seterusnya, ada yang berjam. ada yang berhari. ada yang berminggu. ada yang tak bukakbukak end up kena bedah. (Nak bersalin, bukaan kena 10cm, yang sepatutnya setiap 1 jam akan terbuka 1cm)

2 - ada orang yang dijangka bersalin pada tarikh sekian sekian, tapi dah 2 hari melepasi tarikh tu pun, belum ada lagi tanda tanda nak bersalin. 

3 - ada orang dalam labour room, teran punya teran, baby tak jugak keluar keluar. end up ada risiko jantung baby lemah. kena cepatcepat buat pembedahan untuk keluarkan baby. 

MasyaAllah, kalau nak cerita satu satu punya situasi, memang pelbagai. Patutla Allah berfirman ibu yang meninggal waktu melahirkan, akan dikira syahid. Memang nyawa jadi taruhan.

Dalam labour room, waktu contraction berlaku, aku bersyukur sangat ada suami kat sebelah aku. yang tak bentibenti bagi semangat, tenangkan aku. Duludulu, masa orang cakap, sakit senggugut tu cuma intro sikit je dari sakit bersalin. aku tak dapat nak bayangkan macam mana. Tapi, bila aku dah rasai sendiri. Masa tu cuma satu je aku harapkan, BUATLAH APA PUN JANJI BABY CEPAT KELUAR DAN AKU TAK RASA DAH SAKIT NI. memang masa tu, kalau doc kata nak bedah pun, aku relakan saja. Tapi alhamdulillah, aku bersalin normal. dan kalau orang tanya, nak tambah adik tak? oh my. aku masih trauma lagi. let me rest please. hehehee

Aku bersyukur sangat Allah berikan rezeki mengandung, bersalin, now aku berpantang, jaga anak. dll Every stages of life really teach me many things. 

Since now aku dalam fasa berpantang.... satu je aku boleh cakap.. ---- tolong jaga emosi orang yang dalam pantang. MEROYAN is really real. 

Dekat luar hujan, suami aku tengah tidur. anak aku pun tengah tidur. aku rasa nak menulis.
dapat tulis sikit ni pun. aku rasa puas hati dah. aku harap lepas ni, aku dapat tulis pengalaman bersalin. 

sangat puas hati bila dapat menulis. serius. 

p/s: dalam waktu mustajab doa ni, doakan aku dapat kerja. huhu

Thursday, April 6, 2017

April Tiba !

H E L L O !

Alhamdulillah, sampai sudah kita di bulan April 2017. ada lagi lapan bulan sebelum 2017 berakhir. 

Pada saat dan ketika ini, aku dengan tak malu dan segan silunya, sedang menggunakan dekstop dan internet di ruang tamu rumah mertua. huhu Iyelah, aku dah benti kerja 31hb Mac 2017, maka, aku tak rasa ada keperluan nak usung laptop ke sana ke mari. Dari hari Isnin 3 April aku dah berada di sini. Seronok juga balik kampung lamalama. Almaklumlah, sebelum ni aku takde kampung, ni dah kahwin, ada kampung, cuticuti merasa la nikmat balik kampung. hihi

Nikmat yang paling ketara dan aku sangatsangat suka, dekat sini ada pantai. Allahu, cantiknya tengok air. hijau biru airnya. Nak harapkan dekat KL, pantai terdekat aku rasa Port Dickson, ataupun Morib. Tapi, airnya, erm.... tak boleh lawan sini la. hehe Petang tadi lalu dekat Pantai Bisikan Bayu, ingatkan nak singgah, tapi tak jadi sebab panas. Maka, kami cuci mata dan rasai angin pantai je. tu pun dah cukup bagi aku. aku bukan nak mandi pun hehe

Tujuan asal aku balik kampung suami ni sebab, lepas kahwin, memang takde kesempatan nak balik. ada saja rintangan yg datang. Ni dah dapat rezeki, memang lama la stay sini. Lepas tu, nak buat kenduri kesyukuran dan solat hajat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kandungan aku dan melancarkan proses aku untuk bersalin nanti. Insyaallah. 

AKU ADA BANYAKKKKKKKKKKKKKKK SANGAT NAK CERITA PASAL PENGALAMAN MENGANDUNG! 

Iyelah, benda baru kot untuk aku. banyak betul aku kena adapt. huhu takpela, yang tu aku cerita lenkali. now aku nak cerita apa yang aku rasa jari aku nak menaip je. hehe

Isnin hari tu, kitorang bergerak dari KL kol 1 petang, sebab suami aku kena setelkan hal coaching dia dulu. Masa dalam perjalanan tu kan, nak lepaskan tol Bentong dengan tol apa tah satu lagi, kitorang ikut la jalan dalam. Tapi nak jadikan kisahnya, masa dah keluar dari Janda Baik tu, boleh pulak suami aku salah masuk simpang, dia g amek jalan Kuala Lumpur, which is jalan macam nak balik rumah. haha aku tak sure berapa lama kitorang kat atas jalan, sampai la kitorang jumpa satu lorong kecik (jalan salah.. memang amek risiko), berjaya lah kami buat U-turn. Kereta suami aku tu tidaklah sihat sangat, tapi masih lagi boleh berjalan ke manamana ALHAMDULILLAH. Cumanya, boleh pulak lampu kereta mati. Ya Allah, cuaknya wei. Jalan tu gelap gilaaaaa. memang tawakal je nak sampai rumah. kitorang sampai rumah dalam pukul 11 malam macam tu ke pukul 10 malam huhu. memang bertabah habislah. Tamat cerita hari Isnin

Hari Selasa pulak, pagi tu aku g Klinik Desa, nak check up. sepatutnya temujanji aku dengan Klik Kesihatan hari Khamis, tapi sebab aku taknak balik KL hari Khamis, aku buat check up kat sini je. Boleh je, takde masalah pun. Lepas check up, then tolong biras aku siapkan order untuk delivery. Petang tu suami bawak pergi pasar, nak pergi rumah mak long, tapi takde orang dekat rumah. then betulkan lampu kereta. Malam tu pergi rumah makcik sedara. nak jemput datang kenduri kesyukuran hari rabu malam. borak lama juga sampai tengah malam. (hmm sebenarnya aku dah lupa juga apa aku buat hari selasa haha)

Hari Rabu pulak, pagi aku kemas rumah lagi, then keluar g rumah Chik, and beli barang untuk kenduri. Aku ni, takde lah pandai masak. tapi untuk taknak nampak kayu sangat, aku banyak tolong basuh membasuh dan potong apa yang patut je huhu malam kenduri. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. DOAKAN AKU WEI! SERIOUS NERVOUS!!

Hari Khamis pulak (hari ni la), pagi breakfast kat luar. pastu aku jemur kain eh mengemas la macam biasa. haha lepas tu suami aku pergi hantar repair kereta. bearing rosak wei. rm200++ lepas. takpela, demi keselamatan kami bersama. moga ALlah gantikan dengan yang lebih baik. :) Lama la dia g repair. Aku kemas dapur n tido. Tapi lepas kereta dah siap baiki, kitorang keluar g beli barang. ingat nak pergi rumah mak long. tapi tak menyahut pula. tu yang kitorang lalu Pantai Bisikan Bayu. tapi lepas tu, kitorang ke Pantai Bukit Kluang. hehe. sonok. bila dah rasa puas sikit layan angin pantai, baru kitorang balik. malam tadi kitorang pergi makan dekat restoran chicken chop rm3.90 hehe. side dish dia takdela banyak sangat. tapi ayam dia normal saiz je. memang puas hati la makan. 

oh ye. sebelum sampai ke Pantai Bisikan Bayu tu, kitorang layan cendol dekat Professor Cendol. rm2 sebekas, BOLEH REFILL kalau nak. and ada makanan sampingan juga macam pasembor, laksa, BOLEH REFILL jugak weh! tapi ada syaratsyarat dia la. hehe

tinggal dua hari aku kat sini. Jumaat dan Sabtu. Later aku sambung lagi. banyak jugak aku taip ni 

Selamat Malam :)